Mempollow

31 May 2012

Telur Bistik Tibai Jer

Assalamualaikum..


Ok..Quick entry yer..x tau nak bebel ape..cume nak masukkan resepi telur bistik tibai..wallaweyh name x hengat... resepi ni tibai jer sebb x google carik resepi..cume tgk bile mkn kat kedai duk intai ape bahan² nyer..


hihihi..tergelincir cik carrot & cik cauliflower ;)

TELUR BISTIK TIBAI by SITI a.k.a IBU DARWISY


Bahan - Bahan :-

2 biji telur
segenggam isi ayam
bunga kobis ( cauliflower )
lobak merah ( carrot )
cili merah - dipotong senget
cili api - dipotong senget
bawang besar - dimayang
1 ulas bawang putih - diketuk
sebatang serai - diketuk
1 sudu cili kering kisar
1 sudu sos cili thai
sebiji tomato - potong kecil, perah dan dijadikan jus
 garam
Cara-cara :-
Goreng telur yg dicampurkan sedikit dgn isi ayam tadi menjadi macam telur dadar
angkat & letak diatas pinggan yg berlekuk yer..
Di kuali lain, panaskan minyak masukkan bwg putih hingga naik bau, masukkan cili kisar & serai, biar seketika untuk cili tu masak, bile dh nmpak agak garing masukkan cili merah, cili api, sos cili dan isi ayam..biar seketika masukkan air sedikit, biar mereneh sekejap..masukkan cik carrot n cik cauliflower, jus tomato & bawang besar yg dimayang tadi.. last masukkan garam sedikit gaul rata..siap

Curah atas telur dadar tadi..tadaaaaa






padankan dengan ayam goreng spicy readymade jer..


 OK BAI....

30 May 2012

Tu diaaa....Udang Terlentang

Assalamualaikum...


Dah makan ke semua? hari ni tgh hari balik rumah makan sebb pagi tadi dh siap masak telur bistik..igt nak share kat korang, tapi terlupe nak bwk pendrive balik rumah..hohohoho..esok jer la i share yer.. hari ni share menu minggu lepas..buat hidangan buka puasa ganti minggu lepas..

Sebelum tu nak bebel kejap..pagi tadi kat tmpt i ni punye la gelap segelapnye upenye nak ujan lebat..smpai ke tgh hari hujan lebat..alhamdulillah hujan rahmat dikala hari gaji..hua hua hua hua..hehehehe..okey la stop melalut..


Udang Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang



Bahan-bahan :-

5 biji Cili Api
sebiji Cili Merah
4 batang kacang panjang
1 labu bawang besar
seulas bawang putih
15 ekor udang
secubit garam
secubit kunyit
secubit perasa tumix knoor


Cara-Cara :-

Hiris cili api, cili besar, bawang besar dimayang, bwg putih diketuk sahaja, udang tu gaul dgn kunyit
tumis kan bawang putih, cili-cili, bwg besar hingga naik bau
masukkan serbuk perasa knor n garam, sedikit air
masukkan udang, biar seketika
last sekali masukkan kacang panjang..kacau rata..siap
























Tu diaaa.. terlentang udang..hehehehe



Ni udang goreng kosong untuk darwisy yg x suke mkn pedas ;)






















Wordless Wednesday - Cekci x saya?

Assalamualaikum..







29 May 2012

Kisah Lampau Hari Pekerja

Assalamualaikum..


Nasib baik masih lagi bulan may..sempat lagi nak update walaupun cite nyer dah basi..maklum lar sebelum ni penulis agak bizi n mood selalu jer down..heheheehhe..kisah lampau gituuu...


Tarikh : 01/05/2012
Tempat : Air Terjun Pangsun, Ulu Langat
Peserta : 3 Biji kereta
Menu : Nasi Lemak, Mihun Goreng, Sandwich, Kacang Kuda Rebus, Keropok, Biskut, Pelbagai air
yg best sekali minum gune mangkuk polisterin sebb cawan x bawak..muahahahaha

Pondok yg disewa : sehari RM25 sahaja
parking : sebiji kete RM2 sahaja

dlm hati nak tanye, wah makcik ni pandai carik duit..untung woooo..
tapi toilet xde :(

Jom kite tgk gambar² yg dah lapuk ni yer...

okey, jom usha tempat mandi ;)



ragam anak² mandi ;)

tgk 2 sepupu ni asikkkkk mandi

bukan saje anak², nmpaknye bapak² yg lebih²..wakakakaka


Qasrina yg bam-bam



org sebuk mandi kat bawah, kiteorg sebuk melantak..


my hero yg asik nak batu.. duk baling² dlm air..


darwisy dengan nenek ;)


dah mandi, siap² nak balik..makan yg entah ke berapa round






bye-bye pangsun..balik dulu sebb hari dah hujan..




4 lebih gerak, smpi subang kul 7 pm..duk singgah beli buah pastu jem seteruk² sebb hujan dan yg paling bengang sebb traffic light yg jadi punca sebb jammed..grrrrrr

Nasi Goreng Mudah


Assalamualaikum..



Selamat pagi semua..ade yg puasa hari ni? selamat berpuasa yer..okey sementara pagi ni x berapa bizi, saje nak kongsikan resepi nasi goreng simple..buat untuk 2 hero kesayangan kat rumah & bentou for me oso..
resepi nasi goreng ni simple jer, mesti u ols dh terel masak kan, xpe la i kongsikan dkt sini mane tau nak cube lain dr yg u ols msk ke..hehehehe...




Bahan-bahan :-
Nasi sejuk
Sebiji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
sebiji cili merah *
beberapa biji cili padi *
sedikit ikan bilis *
sayur kacang panjang - dipotong kecil
kobis - dihiris nipis
Garam
Telur dadar sebagai hiasan

Cara-cara :
1) Tumbuk bahan yg bertanda * sehingga lumat, tumiskan sehingga naik bau,
2) Masukkan garam then masukkan sayur kcg panjang, kobis tadi & kacau rata,
3) Masukkan nasi sejuk dan kacau rata. jgn bg berketul²..x manis dipandang..hehehehe
4) Dadarkan telur n gunting kecil², tabur diatas nasi
5) Siap..simple kan nasi goreng sy.. 
 
Siap..ini untuk hero² saya..







Ikan masin gelama goreng, padankan dgn nasi goreng..wallah



bentou untuk saya..



jemput jamu mata yer..  ;)



28 May 2012

Kuih " BUAH MELAKA"

Assalamualaikum..


Hehehe.. 2 hari cuti x kemana².. semalam tgh duk sebuk berpung pang pung pang kat dapur, darwisy dok heret majalah saji bulan may 2012.. tunjuk n suh ibu buat kuih ni.. hehehe..ni mesti bapak die punye kerja.. bapak yg nak mkn disuruhnyer anak tunjuk kat ibu, makan tengahari pun dah lewat dekat kul 3pm sebb pagi tu dh heavy breakfast nasi goreng perencah manggi.. majalah saji tu duk terperuk jer dlm almari..1 menu pun x terbuat..hahaha dasar malas betul nak membaking skrg ni..entah bile la seru nak membaking datang..



 


okey, jom kite selongkar majalah saji ni..alah senang jer buat kuih ni..dulu mase bulan posa suke sgt buat kuih ni..eh yer ke selalu.. rase yg selalu tu beli jer kot..muahahaha..terukk kannn..

BUAH MELAKA

Sumber : Majalah SAJI keluaran May 2012

Bahan-bahan :-
1 peket tepung pulut
1 biji gula melaka - ade yg panggil gula kabung ( dipotong kecil²)
1 biji kelapa parut - yg putih sahaja
sedikit pewarna hijau
sedikit pes pandan
garam
air

Cara-cara :-
1) Masukkan tepung pulut kedlm bekas besar,
2) Masukkan pewarna hijau, pes pandan, garam kedlm air & kacau rata
3) Masukkan air sedikit demi sedikit ke dlm tepung pulut tadi, kacau hingga menjadi doh
4) Ambil sedikit adunan, leperkan dan letakkan sedikit gula melaka ditengah² dan bulatkan kecil²
5) Ulang buat sehingga doh habis. 
6) Di dalam periuk panaskan air hingga mendidih, masukkan bulat² kecil yg digentel tadi, biarkan seketika sehingga biji² tadi timbul ke atas, kalo nak tau kuih tu dah masak dia akn timbul sendiri, jgn gatai duk kacau² yer..
7) Bile dah timbul, tos dan gelekkan ke dlm kelapa parut.. ( mase duk gelek baru teringat nak kukus kelapa tu, sebb teringat MIL kukus kelapa parut tu, katenye kelapa tu x basi nnti)


** penting ni tau, gentelan kuih ini dibantu oleh org yg mengidam iaitu somi sy a.k.a ayah darwisy..hehehe


tengok gentelan kuih ni..besorkan..hihi.. boleh masuk masterchef ni..








Come Back & Ada Apa Dengan Bulan Rejab

Assalamualaikum..


Wah..lamenye blog ni x berupdate..dekat 2 bulan.. kekangan masa yg cemburukan aku.. sengaja sy privatekan blog ni sebb xde entry... sory yer semua... eh..eh..ade ke readers ni.. semenjak x aktif berblog ni..blogwalking lagi la mmg xde.. kesian..kesian.. 

Sepanjang 2 bulan ni mendiamkan diri ni, mcm² hal berlaku.. ade yg gembira, ade yg sedih..xpela mulakan episod baru..erkkkk.. 

Now, kita sudah melangkau pada bulan rejab, alhamdulillah sy sudah menghabiskn puasa ganti.. u ols semua dah ganti ke? habiskan puasa ganti boleh mula dengan puasa sunat.. alhamdulillah... ramadan pun dah dekat, ramadhan 2012 ni anakanda sy bakal berumur 4 tahun, wah sekejap jer masa berlalu..masih terigt lagi kat labour room nak bersalinkan dia.. 

Jom kite sama² menghayati bulan yg mulia ini..amin..
Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
 
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. 
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.