Assalamualaikum.
Hari ke-2 selepas ber"ISLAND HOPPING" selama 1/2 hari..sampai jeti ade pulak gambar yg di snap oleh photographer kat sane..
pinggan kecik yg tengah2 nye ade gambar..ape lagi belilah untuk kenang2an..
pic nnti saye snap ye..
okey..okey..habes aktiviti berhopping, kami ke kedai makan..perut lapo..nasi campor jugak..pic? x sempat nak snap..heehhe..xpe2..pic lain kan ade..tgk ye...
Destinasi kami yg seterusnye : BERAS TERBAKAR, LANGKAWI
Satu cerita sejarah Pulau Langkawi yang termasyhur ialah cerita "Beras Terbakar". Tempat yang dikata beras terbakar itu ialah di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Dalam yang didapati tertanam dalam tanah lebih tiga kaki. Apabila hujan lebat beras itu timbul.
Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Ini boleh dibuktikan iaitu seorang daripada Pegawai Daerah, Pulau Langkawi, yang telah meninggal dunia 80 tahun dahulu telah dikuburkan di kampung ini dan kubur itu ada sampai sekarang.
Berbalik kepada cerita beras terbakar itu, selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam.
Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh.
Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar.
Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.
info shaye amik kat sini..
pic ni ontheway to beras terbakar..
Pintu Gerbang Beras Terbakar
sebelum sampai ke tapak beras terbakar ni ade deretan kedai-kedai yg menjual pelbagai barang mcm kain bati, baju-baju yg ade tulisan langkawi, makanan mcm sotong gule etc, minyak gamat dll.
ni la, tapak kawasan beras terbakar tu..
Disebelah kawasan beras terbakar ni, terdapat sebuah rumah lama yang masih dikekalkan dan masih berpenghuni.
Bace ni..
si ayah x mempedulikan si anak..enteprem sorg2..keh..keh..
shaye wif ♥♥♥♥ hati..
Selepas melawat tempat beras terbakar ni kami pergi ke salah satu tempat yg sejarah dan popular gitu..
KOTA MAHSURI aka MAKAM MAHSURI
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Info hasil carian di sini
Tidak banyak cerita tentang rakyat ditulis apatah lagi tentang sejarah seorang wanita. Oleh itu jika muncul seorang tokoh daripada golongan rakyat, maka ceritanya hanya diturunkan melalui tradisi lisan. Ini menjadikan banyak versi dan ada tokok tambah. Demikian juga halnya dengan cerita Mahsuri yang mempunyai tidak kurang daripada 14 versi. Bagaimanapun asas cerita, tema dan tokoh-tokoh yang terlibat tidak banyak berbeda.
Mahsuri menjadi lagenda kerana nasib yang menimpa Langkawi selepas peristiwa pembunuhan ke atasnya. Langkawi menjadi pulau yang tidak aman dan tidak makmur selama tujuh keturunan. Inilah kesan penganiayaan , cemburu dan kemarahan yang tidak terbatas. Inilah juga kesan menghukum puteri simbol kesucian. Nampaknya sejarah lisan mempunyai mekanisme tersendiri untuk merasionalkan sesuatu peristiwa atau kejadian sejarah.
Tidak dapat dipastikan bilakah peristiwa Mahsuri berlaku kerana tidak ada rekod-rekod bertulis ditemui hingga setakat ini. Kisahnya hanya bergantung kepada sumber lisan. Ada sumber yang menyebut peristiwa ini berlaku pada zaman Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798). Satu lagi sumber menyatakan ianya berlaku semasaa pemerintahan Sultan Tajuddin Halim Shah II ( 1804-45 ). Jadi peristiwa ini berlaku sekitar dua abad yang lalu.
Kisah Mahsuri
Di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka tinggal sekeluarga tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, isterinya Mak Andak Along dan seorang anak perempuan bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber rezeki iaitu berhuma, bercucuk tanam, penternakan sara diri dan mencari barang-barang hutan. Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Semasa hujan lebat, dia singgah berlindung di bangsal yang ditinggalkan orang. Di situ Pandak Maya berjumpa kerak nasi yang dikatakan Maya Padi (semangat Padi). Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati.Apabila Maya Padi yang berupa kerak nasi dibawa balik kepada isterinya, Mak Andak Alang telah mencampurkan dengan nasi yang ditanak. Memakan nasi bercampur Maya Padi ini menjadi titik peralihan yang mengubah nasib keluarga Pandak Maya. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi.
Rezeki Pandak Maya mula melimpah selepas menjumpai burung layang-layang di gua, di Belanga Pecah. Dia telah menjual sarang-sarang burung tersebut kepada taukeh Cina di Pengkalan (Padang Mat Sirat) untuk pasaran Pulau Pinang. Sarang burung layang-layang menjadikan keluarga Pandak Maya kaya. Bagaimanapun apabila diminta rakan-rakannya menunjukkan tempat sarang burung tersebut, tidak dijumpai lagi. Sekali lagi cerita ini mengambarkan kepercayaan masyarakat yang rezeki tersebut hanya dianugerahkan untuk seseorang dan bukan untuk perkongsian bersama. Apatah lagi kegiatan persendirian Pandak Maya semakin meningkat penghasilannya. Ternakan dan tanaman semakin menjadi dan pengeluaran bertambah banyak.
Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Maya terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Maya berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua, siapa yang memakan daging itek ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah.
Apabila tiba masa, Mak Andek Alang melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Rezeki keluarga ini semakin bertambah apabila Pandak Maya menjumpai batu kemian yang kemudiannya dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat.
Zaman Perawan Mahsuri
Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang membezakan. Kecantikannya menjadi buah mulut orang di Langkawi. Cerita kecantikan ini menarik minat pembesar Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya untuk melihat sendiri wajah Mahsuri. Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua. Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Mahura. Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya.
Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Mahura telah menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Mahura sangat penting dalam masyarakat tradisional. Bagi penyelesaian masalah , Mahura mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Mat Deris. Wan Mat Deris dikatakan seorang anakmuda yang gagah dn pintar dalam ilmu persilatan. Beliau dikatakan pernah terlibat dalam beberapa peperangan. Selain itu Wan Mat Deris juga seorang pedagang muda yang berjaya dan menjalankan urus niaga dengan Siam, Pulau Pinang serta dataran Kedah.
Tragedi Mahsuri
Perkahwinan yang diatur Mahura tidak menyelesaikan masalah kebimbangan kemerosotan pengaruhnya ke atas suami dan penduduk Langkawi. Mahura memastikan Mahsuri tidak menetap sebumbung tetapi terus tinggal di rumah Pandak Maya. Keluarga Pandak Maya tidak menolak malah bersyukur kerana menantunya akan menetap bersamanya, dan dia tidak terpisah dengan Mahsuri. Perkongsian hidup Wan Mat Deris dengan Mahsuri cukup bahagia, dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Mat Arus.
Tragedi ke atas Mahsuri bermula dengan kedatangan seorang pemuda miskin bernama Deramang yang dikatakan berasal dari Melaka. Sesetengah sumber mengatakan asalnya dari Sumatera. Deramang telah merantau ke Pulau Pinang, Perlis dan kemudian ke Langkawi. Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan syaer. Pandak Maya meminta Deramang membacakan hikayat dan syaer pada waktu malam di rumahnya. Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Maya sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.
Sekali lagi peningkatan kepopularan Mahsuri membimbangkan pengaruh Mahura. Dia juga bimbang populariti suaminya merosot, dan khuatir suaminya masih menyimpan hasrat ke atas Mahsuri. Semasa Wan Mat Deris berdagang ke Siam, Mahura telah membuat tuduhan yang Mahsuri dengan Deramang mempunyai hubungan sulit. Buktinya cincin yang dipakai Deramang adalah hadiah pemberian Mahsuri.Sejauh mana hubungan intim Mahsuri dengan Deramang tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Dato Seri Kama Jaya tidak menyiasat dengan mendalam dan menolak semua alasan Mahsuri. Beliau telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Mahsuri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Sultan Kedah.
Apabila Mahsuri ditangkap, dibawa ke Padang Hangus dan diikatkan di pokok asam jawa. Dia diperintah dibunuh dengan rejaman tombak tetapi anehnya tombak-tombak tersebut tidak lut ke tubuh Mahsuri. Anehnya, Mahsuri sendiri memberitahu rahsia kekebalannya iaitu tombaknya sendiri. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah terpancut berwarna putih. Demikian tragedi Mahsuri yang diceritakan dalam tradisi yang dibumbui dengan metos bagi mengambarkan protes terhadap ketidakadilan.Kesan Tragedi Mahsuri
Kesan Tragedi Mahsuri
Sebelum menghembus nafas terakhir, Mahsuri bersumpah-Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan. Aneh kerana yang bersalah ibu mertuanya Mahura dan bapa mertuanya Dato Seri Kama Jaya sahaja dan bukan seluruh Langkawi. Aneh lagi kerana selepas itu sememangnya Langkawi diserang askar Siam. Mahura dan Dato Seri Kama Jaya terbunuh. Ramai orang Langkawi ditawan dan dijadikan hamba. Bagaimanapun orang Langkawi terus berjuang menentang penjajahan di bawah pimpinan seorang lagi anak Dato Seri Kama Jaya iaitu Wan Mohd Ali.
Lagenda Mahsuri terus dikenang dalam pengertian pengajarannya. Kini Makam Mahsuri telah dibina begitu rupa sebagai kompleks sejarah dan budaya. Langkawi kembali makmur sebagai bandaraya pelancongan.
Lagi satu hasil carian di sini
Tapi kisah yg saye bace di muzium lain..seperti yg tertulis kat ats tu byk kisah dan versi lain yg ditokok tambah..
seperti Mahura adalh kakak ipar kepada Mahsuri, tapi cerita diatas pula adalah ibu mertua kpd Mahsuri..
anak Mahsuri bernama Wan Hakim, tetapi cerita diatas pula anaknye bernama Wan Mat Arus.
mcm2 cerita tentang mahsuri ni...
jom kite layan gambo pulak..
Pintu Hadapan Kota Mahsuri
Tiket Price : RM5 seorang
Kisah sejarah Mahsuri
Keris yg digunakan untuk membunuh Mahsuri
Batu Nisan
Makam Mahsuri..limau oren tu ignore je kan ye..
Rumah Mahsuri
Kukur Kelapa lame..(sape yg x penah tgk? angkat tgn?)
Telaga Mahsuri
My Baby Boo
Dari kami sekeluarga..
Huh..penatnye mengarang entry panjang berjela ni..
terime kasih la sudi bace ek..
kite sambung entry akan datg ye..
0 kata-kata manis:
Post a Comment