Mempollow

31 December 2011

Selamat Tinggal 2011

Assalamualaikum



SELAMAT TINGGAL 2011



** Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran pada masa akan datang **

29 December 2011

Khamis kan? Spontaneous Day Kan?

Assalamualaikum..


Kadang-kadang orang ni macam duit syiling.
Depan lain belakang lain .
"Peace no war"

27 December 2011

Pick Your Own Strawberries

Assalamualaikum..




Salam petang selasa.. 3 hari bercuti kene kuarantin kat rumah..selagi anak bujang x baik dari chicken pox selagi tu la x leh berpoya² okey..pantang org² tua x boleh kene air ujan, xleh kene udara luar..hermm ikutkan aje tapi ade gak langgarnyer...hehehe..semalam kakak n makcik dtg kerumah ku buatkan sorang seketul..perghh peluh tiak..hehehe..okey berbalik entry basi yg x habes² lagi.. JOM kite pegi petik stoberi pulak..mmg batak teruja..



We all pegi stoberi farm yg bersebelahan dengan Hotel Equotorial, Brinchang.. Kene bayar hokey, untuk 3 orang dewasa masuk RM25 sahaja, kalo nak petik xmo bayar lagi, stoberi tu x leh melebihi 500 gram..pehh mmg cekik darah..xpela nak rase petik jer pun.. kiteorg masuk 6 org, yg team MIL, dorang hover amik okey, kene bayar mase nak timbang tu..yg team kami x payah bayar, kene tambah lagi sebijik nak cukupkan 500gram..selamat.. balik apartment adik ipar wat cicahan cekelat.. haishh masa makan terasa mcm datuk CT..huarghh..huarghh..huarghh..


Ade yg manis, ade yg masam..nasib xde yg kelat..yg kelat cume muke sy bile ade selisih faham dgn sang somi.. cite? x payahla..kisah rumahtangga x bek war² kan..muahahahahaha..eh saye memain jer la..hihihi..


tapi bile dah cicah cekelat mcm ni ------------>>>>>

Okeyh..entry kali ni xnak banyak² gambar..nnti korang fensannn... babai

26 December 2011

Ohhh..ku memang gile cekelat ;)

Assalamualaikum..


Salam lewat malam buat pembaca2 belog ku sekalian.. chewah ko perasan hot2 jew yer... hihihi, nak tido mate ni masih x mengantuk.. padahal esok keje, kene bgn awal.. sambil2 melayan mata yg xmo tido ni..ku nak hapdate skit kat belog ni ha..buat tatapan aku mase2 depan yg aku ni suke lupe resepi memasak..kihkihkih


Sekarang ni rajin pi sekodeng belog2 masakan chef yg terel2 antaranye kak azlita, CMG a.k.a DTS, blog K1 & etc.. tapi dorang seme kretip2 belaka..kite buat mane yg mampu je ye.. okey kali ni kek cekelat lagi ku buat, entah x jemu nak tambah lelemak ni kat badan makan kek cekelat ni tau..

kali ni sy jumpe belog yg menarik n 1st time baru jejak blog kak ida ni, nampak cantik jer kejadiannyer..sy punye simple dimple jer..almaklum la baru belajar..hihihi..mohon sy copy resepi yer kak ida.. sy just buat dlm loyang bulat jer n ade lebihan adunan tu sy buat dlm acuan apam puteri ayu.. 1st time baru pakai acuan ni..kak lily yg belikan..maceh kak lily..



Sumber : K'Ina ( Inahar's Cooking Time ) resepi asal alongroz ( MyR )

  • 100 gm serbuk koko*
  • 1 tin susu cair*
  • 220 ml minyak sayuran*
  • 200 ml susu pekat*
  • 4 biji telur...pukul hingga berbuih dengan mixer
  • 230 gm gula kastor*
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sd teh bic soda
  • 1 sd teh baking powder

cara-cara:
  • campur semua bahan bertanda * dan masak dgn api perlahan sehingga licin.Tak payah sampai menggelegak
  • satukan dengan telur yg telah dipukul tadi.
  • Gaulkan bahan2 kering ( ayak bersama ) dan campurkan sedikit2 ke dalam bahan di atas kacau sehingga sebati
  • Masukkan ke dalam tin/loyang yg dilapik @ disapu minyak
  • Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air menggelegak sebelum dikukus
  • Bakar secara waterbath pun boleh ( iaitu dgn meletakkan loyang adunan kek ke dlm satu lagi loyang besar yg diletak air panas lebih kurang separuh loyang adunan ) 180 C selama 50-60 minit
  • Sejukkan dahulu sebelum dihias dgn aising/ganache
Ida sapu ganache seperti di bawah... ( sy just hiaskan ganache dengan badam )
Chocolate Ganache:
  • 200 gm coklat masakan
  • 100 mls whip.cream
  • 80 mls susu segar
  • 3/4 sd besar butter
Cara-cara :

  • Panaskan dahulu susu & whip.cream secara double boiler
  • Apabila agak2 sudah panas, masukkan coklat....kacau sehingga cair,baru masukkan butter kacau dan tutup api.
  • Tunggu adunan coklat agak pekat sedikit baru disapu pada kek.
White chocolate ganache:
  • 60 gm white chocolate
  • 30 mls whip.cream
Cara-cara:...sama cam kat atas
Tambahan : Strawberry dip dgn coklat sebagai hiasan & apa2 cookies


Siang tadi buatkan untuk makcik dan kakak ku sorang sebijik untuk santapan dorang..





25 December 2011

Puff Koktel Ayam Dengan Cheese

Assalamualaikum



Selamat pagi ahad semua..dah sarapan ke? hehehe..dah nak tgh hari baru nak tanye sarapan kan..hari ni lewat skit bersarapan..last week dah godek2 blog2 masakan..carik resepi tuk breakfast time cuti2 gini..buat minum petang pun boleh... mmg marveles..lagi2 makan masa puff panas2..perghhh terangkat..okey resepi kali ni dari Che Mat Gebu kite, tp sy telah menderhakan resepi ni..maaf yer che mat... pastry masih berbaki 4 keping..cukupla untuk sarapan kami bertiga..



Resepi : DTS


Bahan-bahan :
4 keping pastry jenama 'KAWAN' berukuran 4'x4'
8 ketul koktel ayam dengan cheese ( ape2 brand pun boleh, xnak yg ade cheese pun boleh)
1 biji telur ayam (yg kuning shaja )


Cara - Cara :

1. Celur seketika koktel ayam tersebut.. (biarkan sejuk )
2. Sekeping pastry tu dipotong dua..
3. Ambil satu pastry tadi, ambil seketul koktel dan balut koktel tersebut hujungnye letakkan sedikit telur tadi.. Ulang sampai habis
4. Sapukan kuning telur tadi diatas gulungan puff.
5. Sapukan marjerin sedikit ke talam pembakar dan susunkan, panaskan oven dengan suhu 190c selama 20 minit atau hingga kuning keemasan


*** Nak tgk puff pastry tu klik SINI.. ade dijual di tesco, econsave & etc.

24 December 2011

CAMEROON BHARAT PLANTATIONS

Assalamualaikum..

Bersiaran dari umah seawal pagi..sepatutnya hari ni kene keje half day tapi disebabkan darwisy demam chicken pox, terpaksa ku ponteng kerja..nasib la bos sporting.. masuk hari ni dah 5 hari darwisy demam, nmpaknye chicken pox die berlumba-lumba nak keluar.. dlm mulut pun ade membuatkan die x selera nak makan.. dah la ini budak peminat telur..nasib la time2 gini bile die nak mkn telur sy terangkan nape x leh makan telur, boleh gak die terima..alhamdulillah..lagi 1 menurut doc bile demam chicken pox ni boleh dimandikan tapi menurut dr segi tradisional pulak..mmg x boleh dimandikan..itu pantangnye..kenape ye?


Teh dengan org melayu mmg x dapat dipisahkan, pg2 pakcik duk kat kedai kopi pekene teh tarik..mmg kawwww.. U x minum teh..mmg rugi..lagi2 mcm kat Cameroon Bharat Plantations ni..mcm2 perisa strawberry ade, blueberry ade, orange ade..yg xde rase pun ade..hehehehe... Okey berbalik pd asal tujuan yer CT, ko kalo dah melalut mmg x hengat..

Lepas merehatkan otak yg pening kat sini, naik lagi bukit..aduh duh sepanjang jalan petai bergayut2, buah durian lagi la..org asli kat tepi jalan berlumba2 menjual hasil tanaman dorg.. mase ni x rase lagi ketagih durian..hehehehe.. bile naik cameroon ni rase lame sgt nak sampai, mane la ladang teh ni..ku dah x tahan nak bau daun teh..cehhh xde bau pun bile bau daun yg real punyer.. sampai jugak..sape nak minum teh panas2 sila la yer..secawan kecik RM2.50 tapi kami x minum baik minum air mati kosong jer.. hihihi..


pintu masuk nak ke tea house

anak-anak

x habes2 pengantin lame ni..hehehehe

ladang teh yg hijau..sejuknyerrrr (ilang penin mak nenek semua)

cube teka, mane 1 abg mane 1 adik?

ohh..kami disebalik pepohon teh

mak yong, ambik berkat ni..hehehehe

4 beradik.. lain kan muke dorang?

rombongan cik munah ke cameroon ;)

penat dah jalan abes 1 ladang teh tu.. meh kite soping pulak..


Esok ade sambungan lagi tau..cekidout..

23 December 2011

LATA ISKANDAR

Assalamualaikum...

Bertemu kita di entry ini..mmg lepas ni hari2 ade entry tau..nak habeskan untuk 2011 ni..lagi seminggu lebih je nak ke tahun baru 2012..mule planning mcm2 untuk next year.. azam tahun depan nak beranak..hehehehe


Okey, sape de bace kat sini, ini diantara penyambung2 cerita yg x sudah2 selagi x habes gambar2 yg beratus2 dlm camera ni..hehehhe..

2 jam perjalanan dari subang keluar tol cameroon, melalui Tapah, Perak..jalan bengkang - bengkok pale pening weyh..sape x tahan mmg kene standby baldi plastik dlm kete.. kite singgah dulu ke waterfalls lata iskandar.. merehatkan otak yg pening tu..

adik ipar

antara koleksi yg dijual kat sini


pelbagai.. ni seme adik badik suami

tgk airnyer yg jernih + sejukkkkk woooo

K.A.M.I

My lovely family

ba...ba...cakkkk

mak yong yg x sempat sarapan..

ohh..pengantin lama berhoneymoon

petai..petai..petai..

ohhh..tokey bayar yer..





22 December 2011

Holiday penghujung 2011

Assalamualaikum..

Memang bersawang blog ni.. entah ape meroyan sampai xde mood nak update..hadehh.. bile idea kering kontang mula masa tu banyak benor, time idea mencurah2 mcm air terjun lata iskandar mase pulak xdok...

Okey, xnak bebel mcm2..straight forward yer..actually holiday ni mmg dah lame kami plan alkisahnye adik ipar mahu belanja penginapan masa kat sini.. so hadiah tuk org2 kuat die mase kenduri kawin beliau hari tu berjalan dgn lancar..alahamdulillah..pejam celik pejam celik dh sampai mase nak pegi..mmg ade jugak hal2 yg berlaku.. alhamdulillah semua berjalan dgn lancar..tapi sedih jugak suami pengantin x dpt pegi disebbkan ade hal yg x dpt dielakkan..xpe next time u ols pegi yer..hehehe.

Destinasi kami ke atas kayangan yg sejukkkkkkk... CAMEROON HIGHLANDS..

Okey, ni ade info sikit tntg cameroon highlands..copy yer pak gugel ;)

Sejarah

Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Mukabumi

Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.
Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.


Keistimewaan

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

Tarikan Pelancong

  • Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
  • Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
  • Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
  • Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
  • Kebun Buah Strawberry.
  • Taman rama-rama.
  • Tokong Sam Poh di Brinchang
  • Jungle Trekking
  • Pasar Sayur dan Pasar malam
  • The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
  • Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

Info dari SINI


Ape X cukup??? okey2 nnti akan menyusul entry baru yer..



OK..OK..ni ade satu gambar bg korg terliur dulu yer..hihihihi



15 December 2011

YAHOOOOO...

Assalamualaikum..



AI NAK PEGI HONEYMOON..

10 December 2011

Ayam Percik Lada Hitam


Assalamualikum..


Dalam fridge tu ade 2 keping bahagian ayam.. niat dihati nak di bakar aje..tapi tekak ni rase mcm nak makan ayam percik..uh cargas ku menggogle resepi..nampak kat fotopages kak rin..aduhduh..ayam percik lada hitam..

Mohon yer kak rin, mintak izin kopipes resepi..hihihi


AYAM PERCIK LADA HITAM
Sumber : Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN A :
1 ekor ayam, dipotong 4 bahagian
2 cawan santan dari sebiji kelapa
1 btg serai, diketuk
3 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR :
2 sudu besar lada hitam
5 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang ptuih
5cm halia
2 cm lengkuas
2cm kunyit
3 btg serai

CARA-CARA:
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali, gaul dan biarkan mendidih.
3. Keluarkan ayam dan panggang di dalam oven. Boleh juga panggang atas arang atau dapur.
4. Lebihan kuah boleh di siram ke atas ayam sepanjang proses membakar. Selebih kuah boleh dimasak terus hingga pekat dan boleh disiram ke atas ayam ketika menghidangnya.

p/s : sy masukkan ke dlm oben sahaja dengan suhu 200darjahcelcius selama 50 minit

sorry yer, gambar pun ade yg ini jer..yg dah siap bakar terlupe nak ambik..lapo sgt..hihihi

09 December 2011

Solemnazation Liza & Fakhqursy 11.11.11

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..kedua2 pihak sudah selesai majlisnye.. kpd yg dtg terima kasih banyak2.. harap semua dpt makan..hihihi...mane yg x terlayan tu maaf sgt2..almaklumler org kuat majlis..muahahahha.. kepada pengantin..selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, selamat menjalani alam rumahtangga..pasti ade yg manis, pahit, masam, payau..adatla tu suami isteri..rajin2 masak yer..pastu update blog.. mau lawan tokey ka.. kpd ayie, selamat dtg ke keluarga kami yang x berape besar ni..jgn malu jgn segan..kalo segan pi duk bangan..hehehehe.. okeyh..jom cekidout picture2 manten of the year ni..pic CREDIT to mahadhar photography..mmg terbaikkkk..

Persalinan nikah


sedang dimake-up

ZZC Bridal Gallery


siap disolek

nice picture

keluarga & pengantin

pengantin lelaki..dup dap dup dap



tok kadi wat lawak ;)

saat dinikahkan ;)

upacara batal air sembahyang

saat dahi dicium..so sweet (teringat kisah 4 tahun lepas)

alhamdulillah

alhamdulillah..tgk BFF pengantin so sad.. :'(

hahaha..ade gak pic den.. 2 in 1..hehehhe

selepas nikah 11.11.11

Cek Mek Molek ~ Step By Step

Assalamualaikum..

Cargas ai update resepi ni sebb atas permintaan kawan kat grup..is kat sini yer..kite tunujk sekali step by step..actually gambar semua dah siap edit, tapi x kesempatan nak tulis..hihihi


Bahan-Bahan :
2 biji keledek
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula (untuk direbus)
5 sudu gula (untuk inti)
secubit garam
sedikit marjerin


keledek dikupas, dan dipotong kecil

rebus keledek masukkan garam & gula sehingga empuk

tumbuk keledek hingga hancur

masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit & marjerin

gaul rata ( doh agak melekat )

bulatkan hingga jadi doh kecil²..

leperkan dan masukkan sedikit gula.. agak melekat ambil tepung sedikit letak kat tangan

then tutupkan adunan tu macam ni..

ulang sampai habis..adunan ni sy dapat 12 ketul shj

cek mek molek yg dah siap digoreng..tadaaaa