Mempollow

30 June 2011

Kene Gigit?

Assalamualaikum


Selamat malam semua..last entry untuk june 2011, lagi bape jam nak masuk julai 2011..julai = bulan kelahiran saye..mase ni (tahun 1984) mak sy tgh sarat mengandungkan sy..

Alkisahnyer tajuk kat atas ni :-
selalu kat opis bace paper utusan & bite harian jer..ni kat rumah suami mmg suke beli kosmo..terkejut mak tgk kat muke depan paper hari ni ko.. "SUAMI DIDAKWA GIGIT KEMALUAN ISTERI" hah ambik ko, punye la rakus beno..


menurut paper ni, sang suami mahu melakukan seks tapi si isteri x nak sebb tgh sesak napas..haduiila..


kalo dah jenis memaksa mcm ni dah kire rogol ni..walaupun suami isteri..ish..ish..x tau nak kate ape..mcm2 dah sekrg ni..

meh bace kat SINI

notaxdekaki : nafsu ape ni sampai gigit2..

Spontaneous Thursday *1st*


Assalamualaikum...





" BUSY & TIRED "

29 June 2011

aku.blogwalker.terhebat

Assalamualaikum..





Sempena WW hari ni, xnak banyak ckp just nak taip banyak2 nak join segmen cikpuan comel ni...


syarat2 x susah..sape nak join klik SINI okeh..

okey, kat sini ai senaraikan blog yg selalu ai terjah :-

2) KC
4) Zura
8) Atie
13) ina
15) dora
23) nana
33) Kak Jun
34) kak azlita
35) cik bulat
36) abe BE
37) cik epal
38) puterikatek
39) yuyu
40) Irine
41) FL
42) IR
43) mama najla
44) mommy nana
45) http://puteri-nuur.blogspot.com/
46) pena rozie
47) OA
48) cikgu n@m@n
49) Cundaa
50) cath
51) kisah pokok
52) farah deeba
53) mimie
54) farha
55) cik panadol
56) pezol
57) http://belogkiter.blogspot.com/
58) Yatie mapiaaa
59) izat
60) IEB
61) Red mummy
62) mama iman
63) LULU


p/s : selalu join GA, kali ni nak join segmen lak..(sebenarnye masih ramai lagi. tapi x tertaip pulak)



Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum..


Morning semua...



darwisy mase baby isap ibu jari kaki sendiri..erkkk

28 June 2011

Giveaway | "love to look gorjes!"

Assalamualaikum..




Nak join GA lagi..
sape nak join boleh singgah :




jawapan ai : MAKE-UP kot's



Tarikh tutup : 11/07/2011 11.00 pagi

27 June 2011

Mari Boikot Astro

Assalamualaikum..

Tadi tgk berita 8malam kat tv3, de keluar berita psl boikot X bayar astro selama 3 bulan..yahuuu..syoknyer..


KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.
” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3,  akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.
Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.
” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, ujarnya

CREDIT TO : mynewshub

Lovely Moment Giveaway


Assalamualaikum..


Owhh, boring2 ni leh la join GA yg zura wat sempena anniversary perkahwinan beliau...
tahniah zura & husband yg akan meraikan anniversary perkahwinan yg ke 4 tahun pd 0707 ni..semoga ikatan perkahwinan ini kekal ke akhir hayat dan di meriahkan dengan tawa ur prince - habib..bile nak tambah lagi?
sape nak join leh klik kat SINI..



ai rase syarat2 dah dipenuhi..jom kite tgk pulak pic yg ai pertaruhkan.. hihihi


pic kami suami isteri..lomantik la kunun..hehehe

notaxdekaki : insyaALLAH klu ade rezeki boleh dpt hadiah sempena my besday 13/07 ni..

Terlaksana jugak..

Assalamualaikum..



Dari minggu lepas ai teringin nak makan assam laksa nih..so semalam ape yg dihajati dah dapat..lepas tggu je hubby habes main futsal kat shah alam, dgn segeranye gerak ke JJ Bukit Raja.. sampai2 nmpk pulak padini de sale 70% 50%..hehehe..tapi x boleh sambar..ujung2 bulan ni..poney pun same sale 70%, sempat jeling jer.. atas cadangan mama eja, katenye kat nyonya colurs pun sodap..so terus je kesana & order..
jeng..jeng..jeng..


my assam laksa..slurrppp




fry curry mee untuk ayah & darwisy(feberet darwisy ni)



Selesai kat nyonya colours, ibu tingin tutti frutti, tapi xde kat JJ, dok jeling2 nmpak eskrem baskin robin..



Wafle Aiskrim..



Darwisy join Contest

Assalamualaikum..



Hai blogger2 semua..ai ade join contest kat page kakak sayang ni..


nak mintak jasa baik u ols semua, like pic darwisy ni..


1st step : like page fb beliau kat SINI


2nd step : baru like this PIC

PIC yang masuk contest..

JOM..CEPAT2 VOTE YE, TARIKH CONTEST 23 JUNE - 27 JUNE SAHAJA

PEMENANG DI KIRA ATAS JUMLAH LIKE..

TERIMA KASIH AI UCAPKAN PAD YG SUDI LIKE PIC DARWISY..

24 June 2011

Lembut tauu



Assalamualaikum...


Hai uols, nak tanye lar, u ols pakai losyen ape ye? ai pakai yg ni..soft je..abg pegg pun lembut je rase..awwwww..


23 June 2011

Atkins Diet

Assalamualaikum..

Samat petang semua, okey kalo sape yg membaca entry ni , mase tu baru mule selepas 3 minggu membuatnye maka hasilnye kat entry ni..ade kawan2 yg menanye..okey..
atas galakan dari my SIL die yg perkenalkan blog ni kat saye 4 minggu lepas, so dengan nekadnye sy mencube..mule2 suami & mil ckp x payah diet sebb hari 1st & 2nd tu mmg saye teruk..tersadai sudah..sebb perut dah biase makan nasi & minum air manis, terkejut gaknye dgn perubahan drastik tu..mau x terkejut cik perut..hehehe....tapi mmg mule2 tu kite rase letih kebetulan mase tu sy tgh batuk..huk..huk..suami pulak bile dh tgk mcm tu, die pun join jugak..alhamdulillah kg pun turun..cume tang perut tu nak kene keje keras lebih..hehehe..caiyok2 sayang..

okey..kat cni sy senaraikan ape yg boleh makan & X boleh makan :-

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

*********************************************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu


10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !


ni sikit jer..lau nak lebih lagi.. jom pi blog INI

SEBELUM TERLUPE, MINTAK JASA BAIK KORANG TOLONG VOTE DARWISY KAT CONTEST NI



MEKASIH SEMUA..sudi bace & sudi vote..


Ade perbezaan x?


Assalamualaikum..

Kalo uols de bace entry yg ni NI..
ni de pic

Sebelum


Selepas

CER KOMEN..CER KOMEN..

20 June 2011

Otomen Kurang Upaya

Assalamualaikum..



Hah, tgk otomen pun ade yg kurang upaya..ni seme anak punye peberet la ni..sampai ibu pun kalo jumpe otomen je mesti nak beli..ibu lebih eksited..hehehe..jom kite tgk darwisy ngan otomen kurang upaya..

tgk yg belah kiri tu, xde tangan kan..



darwisy eksen ngan otomen



jelingan dr depan dr darwisy



darwisy ngah tgk ibu & makcu ngah main badminton..



Darwisy wif untie nana..malu nooo
notaxdekaki : mekasih ateh for the pitca

Present Birthday Paling AwAL



Assalamualaikum..


Perggh my besday lambat lagi, tapi dah dpt hadiah...hehehe..mekasih..


jom tengok ape presentnyer...

.....................
.................
.............
..........
.......
.....
..
.
.
.
tadaaaa..

Discount voucher from Voir



30% discount..tapi valid 07/2011..still leh kumpul dlm tabung lagi..er mcm nak carik jeans soda darwisy jer.. :)


notaxdekaki : ayah darwisy, jgn lupe ye..tambah elaun..huhu..pasni tggu voucher dr padini pulak :)


darwisy dengan spiderman ala2 alien


Assalamualaikum..



Spiderman mcm alien..kelako kan..ni lah kalo anak peminat tegar ultraman, spiderman, power rangers, superman, cicak man etc.. pantang nmpak bentuk man-man tu seme nak beli..adoyai..kopak ibu nak oiii.. spiderman yg mcm alien ni kami beli mase pegi kenduri kat melaka, kedai berdere2 betul kat depan night zoo melaka..sebelum exit ke tol ayer keroh..jom kite nengok camane ghupenye spiderman ala2 alien tu..


kan..mcm alien kan?



ni pulak tuan punye spiderman alien tu..




tengok tu bantal busuk pun nak peluk, spiderman alien pun nak peluk..anak la anak

19 June 2011

Hapy paders day

Assalamualaikum..




Firstly nak ucapkan selamat hari bapa kepd semua bapa2, ayah2, bapak2, abah2, daddy2, walid2 @ abi2 diseluruh dunia.. abah sy, dah 10 tahun meninggal dunia..semoga arwah tenang disana dan dicucuri rahmat..amin ya rabbal alamin..buat ayah kepada darwisy jugak..selamat hari bapa (onbehalf darwisy) malam tadi darwisy banje ayah steamboat jer..jom kite layan gambo..


sayuran

BBQ Crab

banyak betol..

pot steamboat




udang galah yg sedang dibakar




udang galah yg siap dibakar


BBQ Prawn



darwisy cenyum mate cepet


ibu pulak posing..

ayah yang kekenyangan..




17 June 2011

Terima Kasih Banyak2

Assalamualaikum..

Nite semua, masih ade yg x tido lagi..ade yg berBW, ade yg ngah karang entry, yg duk depan saye ni ngah wat pe tu? cik darah manis x sabo ek esok nak pi pre-wedding..ouucchhh ai yg eksited..huhuhu..

okeh..cer tgk belog ai..rase dah complete dah, xde yg kurang..ngeh..ngeh..diatas bantuan adik molek kite sorang ni..pandai make over ni..kalo u olas nak make over belog leh la pi belog beliau kat bawah ni..

Nak Join Askar la..


Assalamualaikum..


Lamenye x bersiaran..mood ke laut weh..aku nak join askar? mane boleh, tahap ketinggian x mencukupi gemok lak tu..hihihi..ade hati ko nak jadi askar ct..lupekan aje...lain la mcm kakak sorg ni..ade mase gi gym.. lifenye yg amejing race tu masih sempat memanjakan diri kat gym..terbaekk la kak chik..ckp psl askar ni..sape ade family yg kerjaya sebagai askar @ sewaktu dengannye? paper hari ni kat BH, Utusan pun ade...Dato' Siti join Askar Wataniah..wah ramai lagi retis yg join antaranye pemenang anugerah bintang popular Shahiezy Sam, Ana Raffali, Intan Ladyana, David Teoh, Aizat, Nurul Hidayah & Mohd Nor..(ala pelakon yg selalu belakon jadik polis tu)..
Antara baris2 ayat YB Menteri Pertahanan berkata penyertaan selebriti berkenaan dapat menarik lebih banyak penyertaan golongan belia dalam pasukan askar wataniah..syabas buat u ols semua..mmg semangat waja nih..tapi nak apply dlm mimpi jer..
u ols x nak join ker? sape2 yg golongan belia tu boleh lah mengapply yek..saye x boleh dah..dah jadi mak org..

15 June 2011

Wordless Wednesday #2



Assalamualaikum..


Darwisy pemain Golf Antarabangsa

14 June 2011

GA PERTAMA PUTERI KATEK

Assalamualaikum..



Selamat malam semuaa..wahh tengah berblogwalking nampak 1 GA yang PUTERI KATEK buat..nak joinla, syarat2 pun xsusah..jom kite selesaikan..




3 entry yang ai rase terbaik & banyak komen sepanjang ai berblog :






“ LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY!!”

sesiapa nak join, sila klik SINI okeh


tarikh tutup : 15 julai 2011 (kalo ade rezeki leh jadi hadiah besday ai 13 julai)

Kenape ye????

Assalamualaikum..




Salam 3 ptg uols, pagi tadi gi site visit kat sek.25 shah alam..mak oii sesat dr konvoi dorang..nasib baik pegawai tu baik tggu kami..hehehe..selesai dalam kul 11.30 terus gerak ke Pej. Pos Besar Shah Alam, selesai beli wang pos gerak ke Pej. SUK nak beli tender..kat perkarangan tu ramai beno staf2 turun..igtkan ade kursus @ whatever la..upenye bile nak masuk, ditahan oleh pegawai polis, x dibenarkan masuk sampai jam 2ptg sebb ade berlaku gegaran pagi tadi..ohh baru terigt 2 org kakakku msg bagtau, dorang ade rase gegaran pagi tadi..dan kebanyakn status di fB & entry kat blog pun ade ceritakan tntg gegaran itu..subhanallah..

okeh, ape aku melalut ni..ni dah mcm diari ni..hehehe..hari ni berblogwalking belog kawan2 sambil komen2, sambil shoutmix2, tapi kan ai pelik la..nape ye belog ai ni xde org singgah kalau ai x singgah belog dorang..kirenye bile ai dtg belog dorang baru dorang dtg belog ai..sedihnyer..sapela kite ni..hanyelah pemilik belog yg xde istimewanyer..mgkin dorg terlepas pandang kot (sedapkan hati sendiri)mgkin entry kite x bagus kot..erm ape nak dikato..terime je lah dgn hati terbuka..



notaxdekaki : jgn ambik hati ye ape yg sy luahkan, sekadar meluah perasaan sedih..PEACE NO WAR :)

11 June 2011

Menu luncheon tadi :)

Assalamualaikum..

Hari ni hari bersama keluarga tercinta..hari ni dpt gak bgun lewat skit drpd hari biase..bangun2 siapkan sarapan, goreng sosej, buat scrambled egg, my mil buat nasi grg ikan bilis..tapi ai x makan nasi tau, masih dgn menu diet okeh..air masak mesti setong besar..hehehe...semangat waja ni..ohh...nak msk ape ye tuk luncheon ni..dlm fridge mmg banyak stok sayo & lauk.. siap2 sarapan, lepaking kejap sambil membasuh kain baju, kepale otak masih mencari idea nak masak ape daaaa..okey dah pk dah..jom kite tgk ape hasilnyer..tadaaaaa...............................................


Tumis kailan dengan udang




Ikan Pelaling goreng

notaxdekaki : agak2 nak ujan ke x ni..paln nak bawak anak pi pdg bola shah alam..

10 June 2011

Asik la Hilang Jer

Assalamualaikum..


Selamat malam semua..hadoi la..asik la hilang jer button follower ni..u ols punyer seme ade x? geram betul la..mmg membantutkan tujuan nak memfollow nih...

ni dier buktinyer..u ols pun same ker?

Sekinchan Ikan Bakar

Assalamualaikum..


Selamat petang semua,
Hajat dihati nak ke Public Bank tuk bayo SOCSO & KWSP..tapi cam malas la pulak..xpe masih ade taim..sambil2 update cash flow ni meh kite mengentry baru ek..cite ni kisah semalam yg dah basi, makanan nye pun dah keluar balik..(yerkkk) alkisahnye semalam ondaway balik dr site visit kat ampang, almaklumlar perut pun dah bergendang ni ha, tup - tup lalu plak kat tepi restoran sekinchan ikan bakar kat ampang waterfront..

ini secebis perbualan kami :

ai : ohh kat sini rupenye sekincahan ikan bakar,

boss 1 : nak makan kat sini ke?

ai : erm x sedapla boss..dah 2 org membe saye ckp mkn kat sini x sedap..mahal pulak tu..

boss 2 : ayya..aishah..boss sudah tanye ma, makan je la..kite cube dulu..kalau sedap dtg makan lagi..kalau x sedap last la kite makan..
boss 1 : mau ke x mau ni, sambil berenti di lampu isyarat..

ai : okey la boss, lau u ols nak cube..
dengan selambernye boss ai mengU-TURNkan ketenye dan menuju ke restoran tersebut..



okey dah sampai.. sambil belek menu..dah order air,
kene pi kaunter untuk order ikan pulak, sotong etc.

ni la kaunter ikan..

okeh..air ai dah sampai..air suam jer..


dah siap order ikan, sambil tggu 30 minit untuk dibakar, kite snap2 pic skit..


after 30 minit berlalu, sampai 1 menu iaitu sayor bakar terdiri drpd baby corn, baby kailan, peas & cendawan






menu kedua pulak ~ Sotong Bakar





menu ketiga ~ Udang Bakar




Menu keempat ~ Ikan Jenahak Bakar

sambal ni yg membuat selera nak makan..pedas mabeles






tengok tu, licin woo.. abaikan perut boss ai yg muncet tu..






tengok tu..terlampau lapar.. xsedar boss ai telah over parking..sekali 2 ko die park..
Nak cite sikit, nape kene tunggu sampai 30 minit? sebb mase kite pilih tu lauk-pauk ni belum disiang lagi..so kene la amik mase tuk siang lagi, cuci seme barula bakar..
kesemua dish ni saye yg order..boss kate order je ape2..ape lagi ai balun la banyak..ni untuk 5 org makan tau.. ai balun udang galah tu sampai 2 ekor..huhu..



Review sy lepas makan kat sini :-

1) Rasenye biase saje, dari 10 markah saye bagi 4 markah jer ;(
2) Sos yg diletakkan kat atas makanan yg dibakar tu cume rase manis jer :(
3) Nasib ade sambal penyelamat, lau x mmg x habes la makanan tu.. :)
4) Harga semua ikut gram..paling mahal harga udang tu sekor 100gram RM16, ai balun 2 ekor RM32..haha..
5) Parking kete pun banyak..
6) Make sure mase ambik ikan, udang tu tgk bape gram or kg ok..lau x dorang main bedal jer..


notaxdekaki : ai rase ni la 1st time & last time ai makan kat sini..bek makan kat muara Klang lagi sodap..