Mempollow

26 February 2012

Kek Coklat Lapis Keju

Assalamualaikum


Bertemu kita pada isnin minggu terakhir untuk februari 2012.. sungguh cepat masa berlalu, sesiapa yg menyambut ulangtahun..selamat hari lahir semoga dipanjangkan umur, sesiapa yg menyambut hari ulangtahun perkahwinan selamat ulangtahun perkahwinan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. buat idah, selamat pengantin baru..sorry x dpt dtg kenduri ko..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..amin..



Actually, pagi ni tengah² blogwalking terjumpa satu kisah sedih..xpe nnti buat lain entry.. kali ni sy nak sharekan 1 resepi kek.. sebenarnye bahan dah beli last week tapi virus M terlampau banyak, tangguh² sampai baru² ni ade virus R skit..so kene cepat² buat..kalo x genti x terbuat lagi.. last 2 week ternampak kek ni kat blog kak hasue, mmg menggoda lar sgt..waduh cargas carik brg tapi x buat.. :mHihi: .. peram ler bahan tu kat dlm fridge.. semangat nak membuat kek tu berkobar², check² dlm fridge telur tggl sebiji jer :mCry: dah la resepi kek coklat ni guna telur..hadehhh..pikir punye pikir teringat SMECC.. nasib ade resepi ni.. selamat virus R aku..ngeh..ngeh..ngeh.. mohon yer kak hasue, copy n paste resepi ni maaf juga sebb banyak sgt ku derhaka resepi ini..



kek sebelum dimakeup..


Sumber : kak hasue

di derhaka oleh ibu darwisy


Bahan-bahan untuk adunan kek coklat SMECC

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

** yg atas ni untuk 1 adunan tapi untuk kek ni sy buat 2 adunan SMECC baru ngam **



Untuk lapisan krim keju

Bahan-bahan :

250 cream cheese(jenama philadelphia atau apa2 jenama halal)
60g gula halus
25ml air
1 camca teh esen vanila
1 biji telur gred A


Cara-cara :

1) Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega.

2) Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.

3)Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan chocolate emulco.

4)Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

5)Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

6)Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

7) Tuangkan 1 bahagian adunan SMECC ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit atau hingga masak. sementara nak tggu lapisan 1 masak boleh putar untuk adunan krin keju pulak

8) Dalam bekas yg lain masukkan krim keju, gula kastor, air dan esen vanilla putar hingga kembang, last sekali masukkan telur..pukul sehingga kembang & sebati

9) Selepas lapisan 1 dah masak, tuang pula adunan krim keju dan bakar selama 15 minit atau sehingga masak.

10) Setelah lapisan keju masak, tuangkan selebih adunan SMECC dan bakar 20 minit lagi atau sehingga masak

11) Sejukkan kek setelah masak. saya hiaskan dengan ganache saje..


Bahan untuk ganache :

coklat masakan
non-diary whipping cream
butter

cara :

panaskan whipping cream secara double boiler masukkan coklat dan butter..masak sehingga cair tunggu kek sejuk dan boleh curahkan ke kek


tadaa.. kek yg dah siap dicurah ganache..
tunggu belum masa untuk dipotong, kite letak dulu dalam fridge..



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



ni la rupenye kek sy.. alamak lapisan keju tu x sama rata..xpe ghupe lain cite..janji sodap..



25 February 2012

Al-fatihah & Daging Goreng Kicap

Assalamualaikum..



Bertemu kita pada harini, 2 hari blog xde entry.. sungguh-sungguh down 2 hari lepas.. 2 berita tentang kematian, air mata ni sungguh mengalir laju.. hari ni kumpul kekuatan untuk update blog.. mesti u ols pun dah tau tentang allahyarham adik faris di SINI.. sungguh sy betul² terduduk dengan berita ini, sy penah entrykan kisah adik faris di sini tapi ALLAH lebih menyayangi arwah.. syurga firdausi sudah dijanjikan untuk anak kecil itu.. semoga ibu & ayah arwah kuat dan tabah menghadapi ujian ini..pada kite yg masih bernafas di bumi ALLAH ini.. bersyukur ALLAH masih lagi penjangkan usia kita dan beringatlah MATI ITU PASTI..




Okeyh, habis mukadimmah sy buat hari ni, sy nak kongsikan resepi yg sedap meletop ni, resepi yg senang dan sedap.. jom cekidout..mohon sy copy paste yer kak wana.. :) maceh


Daging Goreng Kicap




Sumber : Kak Wana (Potret Kasih)

dimasak oleh ibu darwisy


250 g daging ( jenis lembut )
1 biji bawang besar ( dihiris )
6 biji cili padi ( dipotong2 atau sebiji2 )
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
sedikit serbuk kunyit
secubit garam ( letak sikit sahaja… tak mahu letak pun tak pe sebab sos tiram dan kicap dah masin… )

Cara penyediaan

1. Daging yg telah dipotong2 dan dibersihkan di gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Satukan daging tadi, bawang besar yang telah dihiris, cili padi dan sedikit minyak masak di dalam kuali.
3. Kemudian masak hingga air daging tadi kering, dan goreng seketika….
4. Bila daging empuk masukkan kicap dan sos tiram… gaul hingga sebati dan angkat…

*** sy tambahkan sayuran seperti kacang panjang, bunga kobis & carrot ***

Makan dengan nasi panas², boleh habis 2 pinggan.. (*0*)





22 February 2012

Masak Lomak Cili Api Dua Versi


Assalamualaikum..


:minimo_05:



Bertemu kembali kita pada pagi khamis yg barakah ini.. malam jumaat ekk?

auwwww mmmg afdal..muahahaha..afdal bagi yg berkahwin jer yer..
yg belum kawin, sila kawin dulu okeyh :mHihi:


kali ni masih lagi resepi yer.. harap korang x jemu la ye.. asik² pegi belog
budak ni, asik gambo makanan jer.. :mKening: korang jgn la marah,

mane la tau lepas² ni banyak makan semut, jadi resepi senang pon aku
xleh igt..tu yg aku pamerkan kat blog ni.. :mDarah:



Yang ini versi masak lemak biase jer, sebb sebelum masak dah call my laling x nak yg ade tempoyak.. mcm² sokmo..


Resepi : Belajar dari mak & mak mentua


Bahan² :

10 ekor sotong putih ( sy buang kulit luar tu)
1 1/2 cawan santan
10-15 biji cili api *
sedikit kunyit hidup *
sebatang serai *
sehelai daun kunyit (diracik)
sekeping asam keping
garam, if suka pak aji boleh letak
sebiji cili hijau besar
saya tambah sayur kacang panjang


Cara² :

Tumbuk bahan yg bertanda *, masukkan santan dan bahan yang ditumbuk tadi..reneh sampai mendidih masukkan asam keping, daun kunyit, garam kacau rata..masukkan sotong dan kacang panjang..kacau selama 5 minit..agak² sotong sudah masak tutupkan api..siap sedia dihidangkan dengan nasi panas²..


yang ni pulak versi ade tempoyak untuk saya..dah siap masak tu asingkan sedikit tuk suami, lebih tu sy masukkan tempoyak bukak api sekejap then kacau rata..mmg mabeles..kuahnye bertambah pekat..


Dan yg x boleh tahan, ngan kuah² ni jugak my laling sebat...tu lah tadi kate xnak tempoyak..


:mHantuk:

Wordless Wednesday - Bakal Doctor Gigi

Assalamualaikum








sambil ² doctor check patient, ibu ape lagi :mCamera:



:mGelak: sabor je ler..

21 February 2012

Creamy Butter Crab

Assalamualaikum



Mendung dipetang hari, langit seakan kehitam-hitaman menandakan hari nak hujan.. sejuk² gini sedap betul kalo dapat :bofu_45: goreng pisang ke,

cempedak goreng ke, nyum..nyum..nyum :bofu_14:Herm.. kali ni sy nak share



resepi pulak, sebelum ni dah penah buat guna ayam ternyata mmg sedap
hingga menjilat jari :minimo_28:



CREAMY BUTTER CRAB


Bahan-bahan :
5 ekor ketam size sedang ( disiang, dicuci )
2 tangkai daun kari
1 biji cili merah
6 biji cili api (kalo nak pedas leh tambah lagi)
2 sudu butter
2 sudu minyak masak
1 1/2 cwn susu cair
1 sudu tepung gandum
gula, garam secukup rasa

cara-cara :

rebus ketam sehingga masak anggaran 15minit
tumis cili2 kedlm butter & minyak hingga naik bau
masukkan tepung hingga garing
masukkan garam & gula gaul rata
masukkan susu cair sedikit demi sedikit hingga pekat
masukkan ketam dan gaul rata

note : api jgn terlalu besar sgt takut cream tu akan berketul2


:minimo_30:malam ni kalau rajin nak bakar kek pulak..

20 February 2012

Hulurkan sumbangan untuk anak kecil ini

Assalamualaikum..


Hujan di pagi hari, cuaca pun mendung sahaja.. tatkala memblogwalking terjumpa satu entry cikpuanhady tentang anak kecil yg baru berumur 6 tahun..wajah yg comel..bile terpandangkan wajah yg comel ini, tidak ku sangka rupanya anak kecil ini sedang bertarung nyawa di Subang Jaya Medical Centre.. ya ALLAH kau lindungilah anak kecil ini ya ALLAH..


Bile tengok adik faris ni, ingatan terus menerjah ke anak kesayangan..ya ALLAH kau peliharala kesihatan anak kami.. sesungguhnya engkau maha kuasa... ya allah..



Kos rawatan adik Faris sudah mencecah RM75,000.00... sekiranya anda ingin membuat sumbangan, sumbangan boleh dilakukan terus ke akaun Maybank ayah Faris, Maybank 1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail).

Untuk cerita lanjut tentang adik faris ni boleh la ke blog mazidul akmal sidek..



TOLONG HEBAHKAN


Monday Blues

Assalamualaikum..




:minimo_09:semua, selamat hari isnin.. hari ni monday blues :bofu_25:




jom :bofu_12: dulu pastu kite wat :bofu_44: yer..selamat bekerja semua..





:minimo_37::minimo_37::minimo_37:

15 February 2012

Emotikon

Assalamualaikum..


Bertemu kite pada hari ni.. xnak cite lebih..jom tgk ikon ni..cantikkan???

:minimo_19:


canne nak buat..jom gi sini

kak farah deeba yg comey lotey



12 February 2012

Aktiviti Hari Ahad

Assalamualaikum..


Hari cuti spent time with my lovely family.. duk umah baring2 chatting2 golek2 depan tv, masak sudah tentu..planning cuti ni xde kemana..malas nak turun..hari ni ade kenduri kat blok sebelah..just tgk dari rumah jer.. bile tgk pengantin kene marathon jauh nak sampai ke khemah teringat 5 tahun lepas..huhu..masa bertandang rumah lelaki kene dera pusing taman..hehehe..panas2 gitu dgn pakaian pengantin..mase tu x rase ape, rase debar2 jer..al-maklumla pas tu nak kene tggl duk umah in-law...

Ceh..ceh..petang2 gini boleh gak terigt yer.. okay tentang darwisy semuanye ok belaka..die dah lulus 100% walaupun ibu bagi probition time 2 weeks..alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.. well done sayang..

***** SELEPAS KEJADIAN TRANSFER GAMBAR....

sedihnyer, tension pun ade.. gambar sy hilang...huwarggghhhhh... dah ler sy CUT n paste lak tu..mane pegi gambar ni..sob..sob..sob.. sob..sob..sob..sob... SEDIHnyerrrr...


******* KONON MERAJUK, CARIK GAMBAR SEMALAM... SAVE KAT DESKTOP BILE NAK EDIT CHOOSE DESKTOP ADE PULAK GAMBAR-GAMBAR NI..ALHAMDULILLAH...


Walaupun gambar sy x secantik mana, tapi inilah saja koleksi tuk simpanan..hanya captured by nokia E72 sajor..

Okey, resepi ayam ni ade kat SINI.. kali ni sy x letak mix herbs..sy cume tambahkan serai n blender semua bahan tu.. mmg lagi mabelessss rasanye..tadi buat 1/2 ekor saja, tu masih ada lagi 1/2 ekor dlm fridge.. esok2 boleh bakar sebb dah siap2 perap..


Ni juadah untuk lunch hour tadi..kali ni sy nak share resepi breakfast pagi tadi.. adunan yg simple dimple, cepat dan sedappp.. mohon copy paste resepi yer kak izah..


CUCUR SUSU LEMAK MANIS

Bahan :

1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
1/2 sk baking powder - diayak
1/2 sk bicarbonate soda - diayak
6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
1/2 cawan susu segar @ cair
garam secukup rasa


Cara membuatnya :

Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat.
Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2....
Angkat cucur dan hidangkan.
Cucur sy ni x menjadi bulat mcm kak izah punyer..hahaha..pastu ade jugak yg dlmnye x masak..maybe sebb minyak terlampau panas n cucur ni cepat naik perangnyer..hehehehe







11 February 2012

Bawal Sweet Sour

Assalamualaikum



Salam pagi sabtu, sudah sarapan semua? sy sudah nasi lemak dengan necsafe O panas.. alhamdulillah.. sabtu minggu ni turn kerja pulak..adehh kerja ade yg sudah selesai.. ade keje lagi menanti..sambil² kite blogwalking dulu, sampai mase nak wat entry pulak..kali ni kite share resepi yer..


Ikan Bawal, mmg feberet suami..kite ni sebagai isteri mesti nak masak masakan feberet die..tapi somi sy ni mmg x cerewet tentang makan, tapi western macam grill tu boleh terima tekak lagi,..kalo mcm pasta tu..mmg die x makan.. tu yg kureng masak pasta-pasta ni, kalo nak makan pun pegi je kedai mcm pizza hut ke domino ke, chillis ke.. tapi kalo bagi lauk kampung, mmg makan x toleh kanan kiri..lagi² lauk yg ade sambal..mmg feberet beliau..tapi tula bile masak sambal ni..kat dapor mmg la kene tonyoh selalu..huahuahua..kitchen towel tu, kalo masak sambal boleh habis setengah roll..hahahaha.


Resepi sweet sour ni sy olah sendiri, tapi bile tgk resepi rasenye mcm sama sahaja cara nk bahan²nye.. jom kite tgk resepi pulak : -


Resepi : Ibu darwisy

Bahan-bahan :
Seekor ikan bawal (disiang dan dibersihkan)
2 ulas bawang putih (diketuk)
sebiji bawang besar (dipotong bulat)
sebiji tomato ( setengah biji di potong dadu, setengah biji lagi diperah ambil jusnya)
timun jepun (dipoyong dadu)
2 sudu cili kisar
3 sudu sos cili ( thai brand life)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil gula
sedikit serbuk kunyit (untuk lumur di ikan )
sedikit garam ( lumur di ikan & sedikit untuk diletak dalam kuah)
bahan perasa jika suka
air masak sedikit
minyak untuk menggoreng ikan, dan sedikit minyak untuk masak kuah


Cara - cara :

Lumur ikan bawal dgn kunyit n garam, goreng hingga masak secara deep fry.
Angkat dah toskan minyak..
Panaskan minyak masukkan bawang putih hingga naik bau, masukkan cili kisar masak hingga garing, masukkan sos cili, gaul rata..agak² pekat masukkan sedikit air(kalau xnak pun xpe) masukkan cuka,jus tomato, gula, garam, perasa gaul rata, masukkan tomato dan timun yg dipotong dadu tadi, akhir sekali masukkan bawang hiris tadi hingga kuah masak.
Lapikkan daun salad dipinggan, letakkan ikan bawal yg digoreng tadi..apabila kuah siap siramkan kuah ke atas ikan bawal tadi..tadaaa dah siap..senang jer kan..





Boleh la dimakan dengan nasi panas²..1 lauk jer dah cukup untuk kami bertiga..wallah..

09 February 2012

Hari Ke-4


Assalamualaikum



Bertemu kite pada pagi kamis yg mulia ini, ceh ceh..dah ari kamis..syok wooo esok sehari je keje lagi..pastu cuti lagi... pas ni dah xde cuti carry forward dah..cuti sabtu ahad jer yg ado..march april xde public holiday..sile keje sampai lebam okehh.. u ols dah sarapan? sy dah sudah nasi lomak ngan milo ais..hambek pepagi buta minum ais..canne lemak ko nak cair ct oiii...


thanks pd kawan² yg sudi bertandang ke blog picisan sy ni, yg sudi komen kat entry..appreciate sgt ngan korang..thanks so much darling-darling...

Okeh berbalik pada tajuk entry tuhhh, actually hari ni dah 4 hari darwisy tak pakai pampers.. wehhuu.. hari pertama gitu ler die..hari ke-2 duk ngan ayah ade jugak keciciran, hermm xpe masih dlm tempoh percubaan..ibu bagi darwisy 2 week untuk betul² okey yer.. malam tu kami x pakaikan darwisy pampers..terjaga jam 2.30 pagi darwisy kate nak kencing, rupe² dah basah atas toto, nasib sy dah alaskan dengan plastik n kain batik..cume terkene sikit saja dekat toto sebb die lasak tido.. then cuci² tido balik..kejutkan kan xmo kencing..tido sampai pagi..

hari ke-3 sebelum hanta ke rumah pengasuh bawak dulu darwisy ke toilet..sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh darwisy okay² aje..nasib x keciciran dlm kete..Sampai² rumah pengasuh a.k.a nenek saudara darwisy juga.. sy ckp darwisy dah x pakai pampers.. nenk pun senyum je..xpe darwisy dah besar kene belajar pegi toilet, sebelum tggl die ibu ni berkali² pesan, nak kencing bukak sluar ckp ngan nenek nak kencing tau, dlm kete jugak..pesan sokmo..hehehehe.. hermm dkt opis hati ibu cool sajor, maybe darwisy ok kat rumah nenek..


5.00 ptg..vroommmm ibu cargas ambik anak bujang, alhamdulillah darwisy ok² sgt kat rumah nenek..xde keciciran..well done sayang..darwisy buat ibu terharu..darwisy pandai... ibu happy sgt, smpai lupe nak suruh die kencing kat rumah nenek sebelum nak balik..last² terkencing dalm kete, nasib x terkena seat kebetulan die berdiri..hahaha..kene lapik kaki..nasib x kene kat karpet kete..huhu.. sabor je ler..

Huh, malam tadi decide xmo pakaikan jugak pampers.. alhamdulillah darwisy tak ngompol(kencing) atas toto..sebelum tido pegi toilet dulu, ibu terjaga kul 4.30pg..rase² x basah then angkat pegi toilet..nangis xnak kencing..tido semula..pelik betul..kebetulan malam tadi minum susu, cuaca pun sejuk.. tido semula..terjaga kul 6pg..kejutkan x nak jugak kencing..haih bior betul..takut kang kencing pulak..xpe dah lapik ngan plastik dah..ibu sebuk² kat dapo..intai gak anak bujang.. akhirnye masa bersiap² nak pegi kerja darwisy baru rasa nak kencing..weehuuu...betapa happynye ibu..darwisy malam pun dah ok x pakai pampers.. caiyok² darwisy..

p/s : kpd ibu bapa yg sedang mengajar anak x berpampers tu..harap banyak bersabar..bile dorg dah okay nnti betapa happynye u ols.. selamat mencuba






07 February 2012

Free Diapers & mengajar anak menggunakan tandas

Assalamualaikum..



Selamat bekerja pada aku yg berkerja..sighhh..selamat becuti pd yg sambut thaipusam tu (ayat jeles okeh) hehehe.. cuti 3 hari x kemana² just bersenang-lenang membesarkan badan kat rumah, pegi kenduri..makan nasi minyak wooo...lagipun semalam ayah darwisy kene keje, forward cuti ke raya aidilfitri nnti..cehh awal betul ganti... okey berbalik pd tajuk entry sy tu..niat dihati ni mmg dah lame nak training darwisy menggunakan tandas n opkos x pakai diapers..so dekat situ dah jimat duit beli pampers & bajet itu boleh diturunkan kpd adiknyer.. :) adik? ohh belum ade rezeki lagi..insyaALLAH ade berita gembira akn ku kabarkan 1 dunia..ceh ceh mcm la ramai yg bace blog ko yer CT, eh ade la kan kak ida yg duk kat jepun..hehehe..suke intai blog beliau..try kek² kak ida..sodappppp

Dulu penah ade bace 1 entry dr blog farah ni, mane tau kut² boleh guna tuk darwisy..alahai sebenarnya nak buat ni mmg perlu kene kesabaran yg tinggi, lagi² kalo parents MALAS..x jadi bende ni..sampai ke sekolah lah kene pakai pampers..nak? kalo mampu xpe, lagi 1 pampers ni kan nak lupusnye makan masa yg lame.. hehehe.

dari minggu lepas nak cube training darwisy ni, tapi x menjadi...actually dah sorok pampers ibu pulak boleh terlupa dlm beg nursery die ade sekeping pampers..die pulak heret begnyer ke sy then sy dgn bongkaknye kate, hah bukak la mane de pampers...bukak² die tunjuk sekeping pampers..aduhai mcm mane sy boleh X perasan..menangis melalak-melalak nak pakai pampers..aduhai x menjadi nak train die mase tu... itu kisah minggu lepas yg buat sy geram sgt ngan die..

So, sabtu dan ahd x jadi jugak mengajar die, menangis melalak²..aduhai kesabaran dah sampai kemuncak.. last² semalam pagi² lagi sy bangun sorok diapers die semua, check satu persatu beg darwisy nak pastikan xde pampers dalam tu.. die bangun tido layan katun sekejap..jom kite mandi.. selesai mandi :

ini perbualan kami :

ibu : darwisy, pampers habis.. hari ni darwisy x payah pakai pampers yer.. darwisy dah besar, tahun depan nak scholl kan?

darwisy : pampers abes, bagi bby yer.. a'ah darwisy nak scholl..

ibu : a'ah bagi baby..sian bby xde pampers..

darwisy dgn x puas hati sambil menagis masuk ke bilik carik pampers, mmg xde .. tarik jugak beg, bukak stil jugak xde pampers..dah siap pakaikan darwisy bedak..pakaikan seluar, dipegang²nye bebird die, agaknye geli sebb terkene seluar tu.. merengek-merengek x berenti².. sy masih sabar..kuatkan kesabaran kali ni..nmpak die ok..layan die main²..

Lepas mandi bagi darwisy sarapan, minum susu.. tapi ade jugak die pegg² bebirdnyer..mungkin geli tu masih ada..next time nak kene belikan spender..hari tu carik spender ultraman, mane ade..sape penah nmpak pls tell me okey..

every 30 minit - 1 jam sy akan tanye darwisy, nak pegi toilet x? nak kencing x @ nak u'uk x? then 1st time die x sempat ckp dah keciciran dgn air kencing.. xpe darwisy mula nak belajar..mula la episod ibu mengemop lantai..siang² lagi ibu dah lipat karpet..hehehehe..2nd time darwisy cepat ² lari masuk toilet, tapi x sempat bukak seluar kebetulan ibu didapur..nasib sempat dlm toilet..so ibu xde la kene mop lantai..hihihi.. 3rd time darwisy sempat ckp ngan ibu nak kencing, cepat² ibu berlari bwk darwisy masuk toilet n berjaya kencing dalm mangkuk tandas.. syabas darwisy n 1st time jugak darwisy berjaya u'uk dalam tandas..alhamdulillah..semalam darwisy sungguh membanggakan ibu..walaupun banyak kali die nak ke toilet, katenye nak kencing tapi bile dah masuk xnak pulak..rasenye nak main air je kot.. hehehe..sampai la ayah balik keje jam 4 ptg ayah pulak ambik alih tugas jaga tepi tandas..hahahaha..bile dah gitu darwisy asik la nak ke tandas sajo..kekdg betul nak kencing kekdg main jer lebih.. alahai ibu n ayah mmg sabar tahap maksimum..huhuhu


So, ibu n ayah berbincang malam mcm mana, nak pakai kan pampers @ tidak, we ols decide sebelum tido kene pakaikan pampers, xpelah sebb hari pertama kan, takut x biasa lagi..so lepas mandi malam, bermula episod nangis² lagi nak pakai pampers..sy suruh darwisy mencarik pampers..mmg xde sebb sy dah sorokkan, die dgn rela hati dlm terpaksa pakai jugak seluar tanpa berpampers..huhuhuhu..layan² main² ball ngan ayah.. so die lupa la..hehehe..kite sebagai ibu bapa ni kene pandai tackle anak...kalo x sampai bile² lah x boleh..


Sebelum tido malam tadi, pakaikan pampers punyela suke die, tapi sy ckp ngan die ade sekeping jer tau..esok darwisy x payah pakai pampers lagi..die angguk...


5.30pagi die kejut nak kencing, suruh bukak pampers..alahai pandainye anak ibu..tapi pampers tu ade jugak kesan kencing..maybe die baru teringat kot..dah lepas tu sy x pakaikan die pampers..bermula jugak episod menangis waktu subuh.. ibu n ayah buat x layan, marah jugakkk die.. lame² die okay..terpaksa lapik toto dgn plastik n kain batik..memule die x selesa, naik tido atas katil ngan ibu..dah lena baru turunkan ke toto.. so pagi ni tggl ngan ayah sebb ibu kene keje..ayah pulak cuti..bengkek jer.. pagi tadi sebelum pegi keje, kejut darwisy untuk kencingkan..tapi darwisy xnak..

Okey, sekin untuk hari ni..esok kite tgk camane progressive untuk hari ni..cekidout..




03 February 2012

Kerabu Pucuk Paku + Taugeh

Assalamualaikum...


Sudah petang jumaat, cuaca kat luar tu gelap semacam jer..aduhduh tggu la ku balik rumah dulu, mcm semalam sempat sampai rumah hujan mencurah² membasahi bumi sekali dengan angin kuat..habes kain baju ku di ampaian basah kene tempias.. ni, nak ujan lagi..kain ku masih diampaian...tulunnnnnn

Alahai, resahnye hati mengingatkan kain kat rumah.. perut lak sakit..ni akibat semalam ganti puasa pastu somi balik kul 10mlm, buka puasa dgn air milo secawan..nak mkn sorg² alahai x lalu, tggu suami balik baru makan..kan dah sakit perut..perut masuk angin.. okey membebel x sudah².. lain tajuk lain cite..eh ade aku kesah, aku punye blog, suke ati aku lar..ko xnak bace sile tekan pangkah yerk..

Kali ni ku nak kongsikan resepi dari my mother in law a.k.a emak kepada suamiku yg tercinta..beliau mmg terel bab masak ni, sy suke masak masakan yg anak beliau (suami sy) suke makan, X leceh n X cerewet..simple dimple..kali ni kite buat kerabu yer..maybe lain skit sebb mil ade guna santan, sy sebelum kawin ni penah makan kerabu kering jer... xpenah jumpe kerabu cenggini...



Kerabu Pucuk Paku + Taugeh

Resepi : My MIL

Bahan² :

Seikat pucuk paku
Segenggam taugeh
Sebiji bawang besar
10 biji cili api
sejemput udang kering, dicuci , tos n sangankan seketika
segenggam kelapa parut ( disangan hingga kekuningan)
secawan santan ( kelapa parut yg diperah guna air suam)
2 biji limau nipis diambil jusnya , air asam jawa pun boleh
garam, bahan perasa, gula secukupnya

Cara² :

Cili Api, Udang kering, kelapa yg disangan tadi ditumbuk lumat
Potong² bawang besar ( xkesah bentuk macammane)
Pucuk paku dan taugeh dicelur (taugeh tu xnak celur pun xpe)
masukkan bahan yg ditumbuk tadi, masukkan santan, bawang, jus limau kasturi, bahan perasa semua..gaul sebati..akhir sekali masukkan pucuk paku & taugeh yg dicelur tadi..gaul rata dan siap boleh dihidangkan..

Makan dengan nasi panas² mmg sedap..x pun ratah jer..next time kene buat 2 ikut..suami ckp x cukup..muehehehehe

02 February 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake

Assalamualaikum

Salam khamis semua, wah sekejap jer rasenye minggu ni berlalu..esok dah jumaat, hurray sabtu, ahad, isnin cuti.. thaipusam ni bg opisku hanyalah optional sajo... apekan daya, ikut jerla lawan kang tahun depan bonus kene cut..ceh awal² tahun dah pikir bonus..muahahahaha..kawan² kemane semua cuti panjang ni? mesti langkah panjang ni...

Okey, kali ni sy nak share kan salah satu kek yg simple n bahan² nye x lah sesusah mana.. kacang jer..pejam mata dah siap..bia betik siti, ko pejam mate ekkk.. hehehe..resepi ni ambik kat kak tina yg mane resepi asalnye oleh kak DJ

Dah 2 x buat kek ni..mmg sedap, tapi kalau 1 adunan tu mmg dapat kek rendah jer la.. jom kite nengok resepi yer.. mintak izin kopipes resepi yer kak tina



Sumber : kak tina

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega.
Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco.
Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

** Kita buat toping chocolate ganache n hiaskan dengan strawberry..
Senang je kan.. 20 minit dah siap adun..n 40 minit bakar..hanya 1 jam nak wat kek ni.


p/s : bengang x leh upload pic yg dh potong..haishhhh

01 February 2012

Wordless Wednesday # 11

Assalamualaikum..



Tengok budak ni, x habes2 nak kit kat..padahal kat rumah dah ade sedozen dah..APTB