Mempollow

13 January 2012

Nasi Keju Buat Tersayang

Assalamualaikum.

Ini antara menu masakan mase special day for my hubby ♥♥
Al-maklumla hubby sy ni tekak melayu, opkos nasi menjadi kegemaran beliau..keskeskes..ku carik kelainan. mula² nak buat nasi limau purut tapi kene pakai santan..alahai malas nak tambah lemak² yg banyak sedia ada ni.. hahahaha.. ku decide nak buat NASI KEJU by kak ita..mohon yer kak ita kite c&p

NASI KEJU

600 gm beras basmathi ~ cuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan
Air mengikut sukatan beras
10 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
150 gm keju cheddar ~ diparut kasar
2 sudu makan mentega
2 kiub stok ayam ~ ita guna air rebusan ayam dan 1 kiub ayam
Rempah tumis 4 sekawan ~ ita tambah

Cairkan mentega

Tumis rempah tumis dan bawang merah sehingga layur
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga naik aromanya
Masukkan stock ayam
Kacau rata dan tuangkan air
Ita tambahkan secubit garam
Apabila air mendidih masukkan beras dan masak sehingga nasik tanak
Akhir sekali parutkan keju chedar gan gaul rata
Enak di sajikan dengan sajian daging atau ayam


sy bulat² ikut resepi kak ita, mmg mabeles la ini nasi..suami sy bertambah² tambah mencedok nasi..
** lauk ni sy gandingkan dengan 2 juadah yg lain..next entry ya..

4 kata-kata manis:

Azhafizah[フィザ] said...

cheesy! fiza suka..simpan dulu resepi ni nanti leh try

Tina Othman said...

cheese tu bukan agen penambah lemak jugak ke ct?

sedap ye, nanti nak buat lah jugak hehe

Mama Likha said...

erk. tk muak ke keju eh? huhu

Ibu Darwisy said...

fiza : try tau..mmg sedap..

kak tina : hehehe..tu la psl, tapi keju tu kite letak skit jer n just tabur atas nasi jer..

ztee : x de ler yang, kite letak skit jer..kalo banyak opkos muak..