Mempollow

27 April 2011

Tuna Roll Bersalut Oat..

Assalamualaikum..


Selamat pagi u ols..sudah sarapan ker? Pagi ni saya terlebih rajin nak buat sarapan..dah lame rasenye x buat sarapan waktu kerja..semalam petang pi jengah2 blog ni tuk carik resepi yg simple & cepat..sedap x tau lagi..sebb belum rase..hiks..balik keje je terus ke supermarket tuk carik bahan2 resepi ni..semua dpt cume x dpt beli serbuk roti sebb besar sgt sampai 1kg..paket kocik xdo..tapi saye ade idea lain..


Bahan Inti :
1 tin tuna yg bermayonnis..(ade siap jual dah kat pasaraya)
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu kecil
Serbuk lada sulah secukup nya
Sedikit jus lemon @ limau kasturi

Bahan untuk roll :
Telur, dipukul dgn secubit garam ( terpulang banyak mane kalian nak buat)
Roti Gardenia
Quacker Oat (saya gantikan menu asal serbuk roti)

Untuk hiasan @ cicahan :
Sos cili @ mayonnaise


CARA-CARA

1. UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus
limau kasturi, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan.




2. UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya (seperti dalam gambar).






3. Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.





4.Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. Selamat mencuba untuk semua....

    Tuna Roll yg siap digoreng..
    Tuna Roll yg sudah dipotong..bekalan untuk anak bujang ibu..












    Done..Menu yg mudah, sedap & berkhasit sebb ade Oat tu..kalian cube la untuk anak2 semua..
    Thanks DTS sebb kongsi menu yg simple ni..mintak ijin copy paste menu ye..




    7 kata-kata manis:

    comot amoy pamela said...

    mummy... sedapnye....... comot minat tuna.. ketagih.. haha.. post kat umah comot ye.. nak rase air tangan mummy.. hiii :)

    Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

    hehe..alahai comot..yg mummy bwk kat opis ni dah abes ler..nnti comot try buat yer..mesti lagi sedap :)

    kakchik@ella said...

    waaaaaa .. mcm sedap je. nnt boleh la kc cuba.

    Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

    kak chik : ce cube.. ce cube..hehehe

    L.e.e.z.a said...

    ooowww~ inikah projek anda pagi tadi ;p patut de oat ;p hihi~ sampai hati xwat utk saye T___T

    Ibu Darwisy Comey-Lotey said...
    This comment has been removed by the author.
    Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

    @L.e.e.z.a bukan x nak buatla..pagi td dah kunci kul 6..pastu terus tersesat..sedar2 kul 6.40am..x sompek..xpe2 nnti teman buat lagik..