Mempollow

10 December 2011

Ayam Percik Lada Hitam


Assalamualikum..


Dalam fridge tu ade 2 keping bahagian ayam.. niat dihati nak di bakar aje..tapi tekak ni rase mcm nak makan ayam percik..uh cargas ku menggogle resepi..nampak kat fotopages kak rin..aduhduh..ayam percik lada hitam..

Mohon yer kak rin, mintak izin kopipes resepi..hihihi


AYAM PERCIK LADA HITAM
Sumber : Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN A :
1 ekor ayam, dipotong 4 bahagian
2 cawan santan dari sebiji kelapa
1 btg serai, diketuk
3 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR :
2 sudu besar lada hitam
5 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang ptuih
5cm halia
2 cm lengkuas
2cm kunyit
3 btg serai

CARA-CARA:
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali, gaul dan biarkan mendidih.
3. Keluarkan ayam dan panggang di dalam oven. Boleh juga panggang atas arang atau dapur.
4. Lebihan kuah boleh di siram ke atas ayam sepanjang proses membakar. Selebih kuah boleh dimasak terus hingga pekat dan boleh disiram ke atas ayam ketika menghidangnya.

p/s : sy masukkan ke dlm oben sahaja dengan suhu 200darjahcelcius selama 50 minit

sorry yer, gambar pun ade yg ini jer..yg dah siap bakar terlupe nak ambik..lapo sgt..hihihi

5 kata-kata manis:

kakchik@ella said...

hurmmmm .. terliur. Hihi.

Azhafizah[フィザ] said...

peberet kalau ade black pepper ni.

Farah Shamsudin said...

whoaaa... sedap ni.. nak try juge laaa..mintak izin yeee

CT Delima said...

As'salam

sedapnya ayam percik tu, lama juga tak makan. last makan masa bulan puasa tu pun beli ..hehehe

Oh ya pasal buat kek tu kan. kenalah pukul telur tu sampai gebu hingga jadi meringue. Nak buat meringue ni kena betul2 jangan ada sedikit pun kuning telur dalam putih telur tu. dan barang2 yang nak digunakan mesti bersih dari kesan minyak. Dan pasti putih telur menjadi dan kental jer jadinya.

Mama Adam said...

Aduhhh.. Sedapnya. Kesian Adam, mak dia masak simple2 aje....