Mempollow

18 April 2011

Tidak..Tidak..Tidak..

Assalamualaikum..


Sedih x terhingga perasaan sekarang ni..u ols ade bace berita tentang budak 14 bulan lemas kat kolam ikan hiasan di rumah sendiri..Ya ALLAH, tempatkan insan kecil ini di tempat org2 yg beriman..semoga rohnye di cucuri rahmat..amin..

Jom kite selongkar dgn membace N3 ini sepenuhnya..

baby yang comel lagi kiut..
RIDUAWAN Che Man, 34, menunjukkan kolam ikan hiasan di mana anaknya Muhamad Amirul Wajdi (gambar kecil), berusia 14 bulan ditemui lemas di rumah mereka di Taman Teja, Changlun petang kelmarin. Muhammad Amirul dikatakan merangkak sebelum jatuh di dalam kolam sedalam 0.5 meter itu.


Kakak, abang tak sedar adik merangkak keluar

CHANGLUN: Seorang bayi lelaki berusia 14 bulan ditemui mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan hiasan di halaman rumahnya di Taman Teja, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, Muhamad Amirul Wajdi Riduawan dikatakan merangkak seorang diri dari dalam rumahnya menuju ke kolam ikan itu tanpa disedari abang dan kakaknya yang berada di dalam rumah.
Bapa mangsa, Riduawan Che Man, 34, berkata ketika kejadian beliau baru selesai memotong rumput di halaman rumah dan berehat di bangsal tepi rumahnya sebelum terdengar jeritan anak sulungnya, Nurizzati Irwani, 9, memberitahu adik bongsu daripada empat beradik itu lemas dalam kolam sedalam 0.5 meter itu.

“Anak sulung saya mengangkat adiknya dari kolam itu dan meletakkan di tepi. Tanpa berfikir panjang, saya terus melakukan bantuan pernafasan ke mulut anak saya dan ketika itu beliau menunjukkan tindak balas.


“Saya kemudian membawa anak ke Hospital Jitra (HJ) untuk mendapatkan rawatan segera tetapi doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia jam 9 malam kelmarin akibat lemas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.


Riduawan berkata, ketika kejadian, isterinya, Zaliza Said, 34, sedang tidur di dalam rumah akibat keletihan selepas baru pulang membeli-belah di Padang Besar, Perlis.
(mungkin terlupe nak tutup gate kot..tapi?)
Katanya, tiga anaknya yang lain ketika itu sedang bermain dengan arwah tetapi mula mencari adik mereka selepas mendapati beliau tiada di dalam rumah.

“Empat anak saya termasuk arwah tinggal dengan saya kerana ibunya bertugas sebagai jururawat di Hospital Pulau Pinang dan berulang-alik seminggu sekali untuk bersama keluarga.


“Disebabkan saya sudah berjanji untuk membawa keluarga bercuti di Perlis selain menziarahi ibu saya yang sedang sakit, isteri mengambil cuti untuk menjaga anak-anak tetapi saya tidak sangka ia akan berakhir dengan tragedi,” katanya.


Beliau berkata, arwah anaknya manja sejak seminggu lalu dan kerap memanggil abah berulang kali kelmarin seperti sudah tahu ajalnya akan tiba.


Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, dekat sini, malam kelmarin.
Info dari berita harian online
nota xde kaki : Jom kite sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik Muhammad Amirul Wajdi..

4 kata-kata manis:

Dee said...

akak klu terbaca pasal bdk2 ler.. tak kira ler .. didera, meninggal, hilang... sure akak mcm terkedu kejap... sedih sgt rasa...

Ibu Darwisy said...

same la kite pun kak..sedih sgt..kesian kan..semoga family arwah tenang menghadapi dugaan ini..amin

Misz-ella said...

kc baca cerita ni kt nwspaper semlm. sedih, kan. bygkan kalo trjadi kat kita. Ishhhh!! tak sanggup nk bygkan lah!!

Ibu Darwisy said...

mmg x sanggup nak bayangkan..anak yg kite kandung 9 bulan, bagi susu..tido..tibe2 xde..hanya ALLAH saje yg tau perasaanye..