Mempollow

22 December 2011

Holiday penghujung 2011

Assalamualaikum..

Memang bersawang blog ni.. entah ape meroyan sampai xde mood nak update..hadehh.. bile idea kering kontang mula masa tu banyak benor, time idea mencurah2 mcm air terjun lata iskandar mase pulak xdok...

Okey, xnak bebel mcm2..straight forward yer..actually holiday ni mmg dah lame kami plan alkisahnye adik ipar mahu belanja penginapan masa kat sini.. so hadiah tuk org2 kuat die mase kenduri kawin beliau hari tu berjalan dgn lancar..alahamdulillah..pejam celik pejam celik dh sampai mase nak pegi..mmg ade jugak hal2 yg berlaku.. alhamdulillah semua berjalan dgn lancar..tapi sedih jugak suami pengantin x dpt pegi disebbkan ade hal yg x dpt dielakkan..xpe next time u ols pegi yer..hehehe.

Destinasi kami ke atas kayangan yg sejukkkkkkk... CAMEROON HIGHLANDS..

Okey, ni ade info sikit tntg cameroon highlands..copy yer pak gugel ;)

Sejarah

Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Mukabumi

Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.
Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.


Keistimewaan

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

Tarikan Pelancong

  • Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
  • Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
  • Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
  • Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
  • Kebun Buah Strawberry.
  • Taman rama-rama.
  • Tokong Sam Poh di Brinchang
  • Jungle Trekking
  • Pasar Sayur dan Pasar malam
  • The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
  • Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

Info dari SINI


Ape X cukup??? okey2 nnti akan menyusul entry baru yer..



OK..OK..ni ade satu gambar bg korg terliur dulu yer..hihihihi



9 kata-kata manis:

ariana said...

Salam..Wah.Cameron pun best..dingin dan nyaman:)

♥ nana i am ♥ said...

kecur air liur~ ;)

zura_habibhaariz said...

nak gi cmeron tp tggu mabuk jalan dia hilang dulu hehe

Ibu Darwisy said...

ariana : w'slm, mmg sejuk + pulak ujan gerimis..

Ibu Darwisy said...

nana : stoberi tu yer mmg kecur..masam masam manis..auwwww

Ibu Darwisy said...

zura : nak tggu mabuk jalan hilang dulu, bile la cameroon tu nk jln street jer kan..mmg pening..lagi2 turun bukit...adehhh

Anonymous said...

tak jammed ke siti aritu?

Ibu Darwisy said...

kak tina : mase naik tu hari jumaat mmg x jem..tapi nak gi pasar mlm brinchang mmg jem..hehehehe

mr.curly said...

wahhh..dh lamo den xpoie sinunnn..

#xde ke ole2 tuk den..hikhik