Mempollow

26 February 2012

Kek Coklat Lapis Keju

Assalamualaikum


Bertemu kita pada isnin minggu terakhir untuk februari 2012.. sungguh cepat masa berlalu, sesiapa yg menyambut ulangtahun..selamat hari lahir semoga dipanjangkan umur, sesiapa yg menyambut hari ulangtahun perkahwinan selamat ulangtahun perkahwinan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. buat idah, selamat pengantin baru..sorry x dpt dtg kenduri ko..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..amin..



Actually, pagi ni tengah² blogwalking terjumpa satu kisah sedih..xpe nnti buat lain entry.. kali ni sy nak sharekan 1 resepi kek.. sebenarnye bahan dah beli last week tapi virus M terlampau banyak, tangguh² sampai baru² ni ade virus R skit..so kene cepat² buat..kalo x genti x terbuat lagi.. last 2 week ternampak kek ni kat blog kak hasue, mmg menggoda lar sgt..waduh cargas carik brg tapi x buat.. :mHihi: .. peram ler bahan tu kat dlm fridge.. semangat nak membuat kek tu berkobar², check² dlm fridge telur tggl sebiji jer :mCry: dah la resepi kek coklat ni guna telur..hadehhh..pikir punye pikir teringat SMECC.. nasib ade resepi ni.. selamat virus R aku..ngeh..ngeh..ngeh.. mohon yer kak hasue, copy n paste resepi ni maaf juga sebb banyak sgt ku derhaka resepi ini..



kek sebelum dimakeup..


Sumber : kak hasue

di derhaka oleh ibu darwisy


Bahan-bahan untuk adunan kek coklat SMECC

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

** yg atas ni untuk 1 adunan tapi untuk kek ni sy buat 2 adunan SMECC baru ngam **



Untuk lapisan krim keju

Bahan-bahan :

250 cream cheese(jenama philadelphia atau apa2 jenama halal)
60g gula halus
25ml air
1 camca teh esen vanila
1 biji telur gred A


Cara-cara :

1) Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega.

2) Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.

3)Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan chocolate emulco.

4)Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

5)Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

6)Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

7) Tuangkan 1 bahagian adunan SMECC ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit atau hingga masak. sementara nak tggu lapisan 1 masak boleh putar untuk adunan krin keju pulak

8) Dalam bekas yg lain masukkan krim keju, gula kastor, air dan esen vanilla putar hingga kembang, last sekali masukkan telur..pukul sehingga kembang & sebati

9) Selepas lapisan 1 dah masak, tuang pula adunan krim keju dan bakar selama 15 minit atau sehingga masak.

10) Setelah lapisan keju masak, tuangkan selebih adunan SMECC dan bakar 20 minit lagi atau sehingga masak

11) Sejukkan kek setelah masak. saya hiaskan dengan ganache saje..


Bahan untuk ganache :

coklat masakan
non-diary whipping cream
butter

cara :

panaskan whipping cream secara double boiler masukkan coklat dan butter..masak sehingga cair tunggu kek sejuk dan boleh curahkan ke kek


tadaa.. kek yg dah siap dicurah ganache..
tunggu belum masa untuk dipotong, kite letak dulu dalam fridge..



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



ni la rupenye kek sy.. alamak lapisan keju tu x sama rata..xpe ghupe lain cite..janji sodap..



8 kata-kata manis:

oshin-jamel said...

saje jerk ct nie la...wat oshin terliur...kekekekekeke =)

kakchik@ella said...

Tergoda lah.

Tina Othman said...

fuyoo mengoda jiwa u, sedapnya

F.A.R.A.H. deeb said...

suke suke suke... ngeeee! Maseh tepek!

Jobless Girl said...

Nampak sedap ni.

alyna said...

nampak sedap
nampak senang
tp tak nampak huruf R dlm diri. nampak huruf M je ni

Nora Shahaira said...

wah..suka la resepi ni..bila nak try itu la persoalannya..nak masak makan tengah hari pun bersusah payah nak wujudkan virus R...hahaha...maklum le..perut dah senak sangat..

ibu darwisy duk mana kat subang tu..akak nora duk sekitar masjid an nur

Mama Adam said...

sedapnya!!!!! bahan ada je kt dapur. tunggu kek gula hangus yg buat smlm surut baru leh wat menda lain