Mempollow

03 June 2011

Ratapan Seorang Ibu..

Assalamualaikum..



Sedih bile bace paper utusan malaysia hari ni..terpampang besar di dada akhbar seorang ibu meratapi sekujur tubuh kaku anaknya yg terlibat dlm kemalangan,,masyaALLAH..sungguh hebat dugaan yang kau berikan...x tergambar dengan kata2 jika terjadi pada sy..berat lagi mate memandang berat lagi bahu yg memikul..



IBU meratapi kematian anaknya, Mohd. Hafiz Mohd. Johari di tepi Lebuh Raya Kajang-Seremban menghala ke Semenyih di Hulu Langat, semalam. – Utusan/Muhamad Iqbal


HULU LANGAT 2 Jun – Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat mayat anak lelakinya berusia 15 tahun terbujur kaku selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban berhampiran susur keluar Sungai Long menghala ke Semenyih di sini hari ini.
Tangisan wanita berusia awal 40-an itu mengundang simpati semua pengguna kenderaan apabila dia dilihat memeluk mayat anaknya, Mohd. Hafiz Mohd. Johari, yang maut dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang apabila motosikal ditunggangi remaja itu dikatakan merempuh sebuah kereta Proton Wira.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Deputi Supritendan Zainuddin Mahadi berkata, mangsa yang berasal dari Sungai Jelok, Kajang dikatakan menunggang motosikal itu bersama seorang rakan.
“Bagaimanapun, selepas kemalangan itu, mangsa dibiarkan terbaring manakala rakannya pula menghilangkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah beliau, pihaknya masih menyiasat bagaimana kejadian itu berlaku dan akan mengesan rakan mangsa bagi membantu siasatan.
Zainuddin memberitahu, mangsa berkemungkinan tidak memiliki lesen memandangkan berusia bawah 16 tahun.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


info dari SINI



notaxdekaki : berhati2 la semasa memandu di jalanraya.

5 kata-kata manis:

oshin-jamel said...

sdeynye!!!huhuhuh!!!!1
takziah tuk kga si mangsa...

arieza said...

takziah... tapi kan inilah yg terjadi.. aku mule teringat iklan kat radio era ke hot fm ke sinar ke.. pasal mak bapak suke sgt kasi anak2 naik moto takde lesen,tak pakai topi dll..

Anonymous said...

kesiannya...tapi serius ckp kalau boleh elak, mmg k.tina elakkan diri dari baca cerita sedih mcm ni, sebab takut terbawak2 sedih tu

risa said...

alahaiiii sedihnya...muda lagi mama tu lebih kurang akak je anak bujang dia tu...sob sob sob

Ibu Darwisy said...

oshin, nor, kak tina & kak risa : mmg sedih kan, lagi tgk emak nye meratap tu..marilah kite sedekahkan al-fatihah untuk arwah..